Jumaat, 3 April 2015

Buat buku merah a.k.a buku ibu mengandung

Actually lama tak update blog. Orang yang paling bising tanya bila nak update blog ialah husband aku keh keh keh...

Biasalah bila trimester pertama ni, aku memang 'lemau'. Energy kurang hehehe. Semalam baru lah sempat nak buka buku merah (bukan buku pasport dah) untuk ibu mengandung.

Rupanya kalau kita kerja di luar lokasi alamat rumah, memang kena buka di lokasi klinik berdekatan alamat rumah. Lepas tu boleh lah korang nak followup kat mana2 klinik yang dekat tempat korang bekerja. Kes aku, aku kerja di Port Dickson. Alamat rumah di Bandar Seri Sendayan. Maknanya aku kena pergi Klinik Kesihatan Sendayan dahulu untuk buka buku, lepas tu bolehlah mintak followup di Klinik Telok Kemang, PD...T_T

Dah 2 kali datang klinik, tapi tak dapat buat. Kena sediakan dokumen yang ni... First sekali kena ada buku merah masa kita mengandung anak2 yang dahulu. Supaya dapat rekod dan sejarah perubatan.

Kedua kena ada salinan kad pengenalan si ibu, si ayah dan salinan sijil perkahwinan.

Kali kedua aku datang dah penuh... kena datang hari lain...Dan semalam barulah dapat buat, akhirnya

Menunggu giliran. 


Ramai jugak kat KK Sendayan ni, sebab sejak Bandar Seri Sendayan dah bukak memang bertambahlah orang jawabnya. Staf pun kena tambah tak cukup tangan..

Aku datang pukul 8.00 pagi, jam 12 tengahari barulah selesai. Semua selesai dibuat dari segi amik sampel darah, urin dan scan sekali. Settle. Perut pun dah kelaparan huhuhu. Tarikh jangkaan DOB ialah pertengahan bulan Oktober nanti. InshaAllah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...