Jumaat, 3 April 2015

Home made Ice cream...

Yang ni bukan buat aiskrim yang hebak2 macam dalam internet tu. Takde yang letak susu ker, whipping cream ker coklat ker. Sebab anak aku yang sulung tak boleh makan aiskrim. Makan aiskrim Malaysia je dia boleh....

Adalah minggu lepas aku perasan budak2 ni asyik bukak tutup bukak tutup freezer fridge tu... Lepas tu aku membebel, asyik2 bukak lama2 rosak fridge nanti!!! Umar dan qaireen cakap nak tengok aiskrim dah siap ke belum... Ishhh??  bila masa pulak aku rerajin benor nak buat aiskrim dah lah time macam mood cengini. Aku nak makan pun tak lalu....

Bukak tengok, yarabbi....


Diorang letak kacang gajus pastu bubuh air dalam ice cube tu. Kira aiskri kacang ler katanyer.....huhuhu T_T

Kebetulan nasib ada kempen katalog Tupperware baru bulan April ni. Pasal Aiskrim jugak....


Ice cream maker....


Aku pun belilah since anak2 dah kemarok nak buat dan makan aiskrim sendiri kan .....



Guna jus manggo jer. Sebab diorang suka manggo.

Tuang dalam acuan.

Tutup dan cucuk kayu dia yang comel tu...



Ok, siap kan.... masukkan dalam freezer. 

aiskrim dah beku, makan time....

Bestnyer aiskrim manggo!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...