Selasa, 14 April 2015

Sukan Pasti Anak2 2015

Actually dah dekat seminggu lebih sukan ni berlalu. Aku je tak sempat2 nak update huhuhu..
Sukan tahunan Pasti dibuat di Ilham PNB Resort di Blue Lagoon, Port Dickson. Asalnya nak buat kat Kompleks Sukan Telok Kemang, tup tup tukar tempat last minute. Alasan nak jadikan acara santai keluarga, ala2 macam piknik lah. Eleh aku tau diorang AJK2 sebenarnya nak bercuti duk dalam resort tu hahahaha!!

PNB Ilham Resort, sumber dari google... 


Jadi ibu bapa digalakkan bawa tikar masing2 dan bekalan untuk makan. Macam nak berkelah..







Umar minum macam baru lepas lari je kan. Padahal dia ni baru jer lepas melalak, tak nak masuk apa2 acara pun.. 
Tahun lepas ok lagi ada juga masuk 1 acara. Aku ingat tahun ni lagi ok sebab dah besar dah, 5 tahun. Ropa2 nyer lagi teruuuuk adalah ceh!! Penat pujuk dia, boleh nangis tak nak masuk apa2.. Malu aku dengan mualimah Pasti budak2 ni.... 


Qaireen tengah warming up hehehe!!
Steady Qaireen, bagus betul dia :)


Husband yang bawa Qaireen ke tengah padang setiap kali cikgu dia panggil nama untuk acara seterusnyer. Aku tak larat nak diri lama2, duduk bersila jela tunggu diorang. 


Sambil2 duduk aku membebel kat Umar, "buat pernah jer ibu datang tapi dia tak nak lari. Kesian cikgu kena cari penganti". Cikgu cakap kat sekolah Umar paling laju lari dan bersemangat bila buat latihan, alih2 ibu dia ada terus tak nak masuk apa2 T_T

Tetiba aku rasa aku jadi penyebab Umar tak mau masuk apa2, duk berkepit je dengan aku.. 

Qaireen laju betul lari hehehe. Anak pompuan yang mesra alam :)

Pukul 12.00 noon kami cabut balik, tunggu Qaireen abiskan semua acara dia yang masuk. Sebab dah tengahri makin panas, perut dah keroncong. Lapor...

Kbai...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...