Selasa, 5 Mei 2015

Si Burung "Ababil" Yang Deman....

Hari Ahad, 3 Mei 2015 lepas, ada pertandingan Alam Ria Pasti kawasan Telok Kemang di Mayang Sari Resort, PD. Semua cawangan PASTI di Telok Kemang amik bahagian dalam beberapa kategori. Dua minggu sebelum tu mualimah ada whatassap husband,  Qaireen dipilih oleh mualimah dia untuk kategori pertandingan bercerita perempuan. Bila ditanya Qaireen cerita tentang apa?? Cerita Tentera Gajah Abrahah dengan burung Ababil...

Mualimah dah sediakan skrip cerita tu, Qaireen kena berlatih hafal semua text cerita ni. 

Aku kira dalam 2 minggu Qaireen dilatih untuk menghafal cerita ni. Cikgu dia mintak tolong ibu bapa monitor Qaireen supaya lancar bercerita. Tapi bila kami mintak dia cerita di rumah, Qaireen cakap penatlah... pulak, agaknya letih kot ulang benda yang sama di sekolah dan di rumah hehehe..

Dua hari sebelum pertandingan, Qaireen deman pulak. Badan dia panas jek... Hari pertandingan dia memang flat.. tak larat T_T

Aku risau kalau tak larat baik tak payah pergi, tapi kesian pulak kat cikgu2 dia dah sediakan custome dan training dia hampir 2 minggu. Korang bayangkan 7.30 pagi sampai kat Mayang Sari Resort tu tetiba kat sana seluar dia basah... terbuang air, perut dia meragam. Dugaan.. Last2 Umar pinjamkan seluar kat kakak dia buat sementara pagi tu, sebab cikgu dah panggil untuk pakaikan custome.

Mana seluar saya??? :P

Umar berkorban sekejap pinjamkan seluar dia kat kakak. Lepas bersihkan Qaireen, hantar ke cikgu dia, kitorang bergegas pusing2 cari kedai untuk beli seluar baru Umar dan sarapan budak2 ni... 

Pertandingan bercerita kategori lelaki..

Banyak kategori yang dipertandingakan. Antaranya kategori bercerita, nasyid, azan, khutbah dan hafazan. Comel tengok anak2 PASTI bila berada atas pentas. Memang berani dan bersemangat.. 

Kategori Nasyid berkumpulan..

Qaireen dah standby nak bercerita, dia jadi burung Ababil, cikgu berikan jubah berwarna putih dan pakaikan mantel berenda... 

Sepanjang menunggu turn, dia baring je atas riba aku, tak nak makan. Muka dia pucat sedikit. Nak minum air masak je sebab tak berselera. Bertambah2 risau tengok dia macam tak larat... 

Bila nama dipanggil, Alhamdulilah si "burung Ababil" ni nampak tenang dan bersahaja bila bercerita. Siap cikgu buat replika gajah sekali. 

Lepas abis bercerita, Qaireen tukar baju. Kitorang duduk di luar amik angin laut sebab dlam dewan dah ramai orang.. Sambil2 tu suapkan dia makan nasi lemak. Makan pun tak banyak.. lepas tu dia muntahkan balik.  


Bila cuaca dah panas, masuk dalam dewan makan, amik aircond pulak hehehe. Kat belakang tu juri2 muslimat tengah sibuk mengira markah untuk semua kategori.. 

Bila nak balik ni?? 
Sebab banyak lagi acara nak berlangsung kami minta izin mualimah budak2 ni pulang awal. Lagipun kesian kat Qaireen. Cikgu dia izinkan, "Qaireen ada harapan menang, bagus Qaireen!" puji mualimah... Tak kisah lah janji dia dah buat yang terbaik...

Petang tu mualimah whatasssap gambar ni, 
Qaireen dapat naib johan dalam kategori tu..
Alhamdulilah, syukur. 


Selit sekali video yang direkodkan ketika Qaireen bercerita.... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...