Khamis, 25 Jun 2015

23 weeks...

Minggu ni dah masuk ke 23. Jadi seperti biasa, ibu2 yang mengandung akan sentiasa berulang alik ke klinik untuk check up dari bulan sekali kepada dua minggu sekali dan seterusnya seminggu sekali sampailah booom...



Aku past checkup ni memang malas sikit, iyelah nak menunggu turn. Pastu rutin check darah, gula, urin, blood pressure dan berat... Nasib kat Klinik Telok Kemang ni takdelah conjugation sangat. Kira tak delah nak bersesak2 nak menunggu lelama buang masa huhuhu.

Disebabkan dah seminggu puasa, maka berat aku turun setengah kilo. Bukan lagi naik tapi turun plak. Tapi alhamdulilah perkembangan baby baik, sihat. Ok dan sejajar dengan graf tumbesaran dia. Kebetulan doktor nak scan sebab nak check fibroid aku ( aku memang ada fibroid since pregnant anak pertama dulu). Tapi macam biasa, susah nak cari. Kalau dulu time pregnant anak sulung dan kedua, sekejap je jumpa fibroid. Sebab fibroid lebih dari janin huhuhu T_T.

Tapi yang ke-tiga ni macam payah nak jumpa. Last2 scan pusing sana sini tak jumpa. Ntah aku pun tak sure fibroid tu agaknya dah kecut ke tak. Lagipun tak menopause lagi kan hehehe.  Then kena refer check ke Hospital PD pulak. Sebab check sama ada boleh bersalin normal atau Caesar. Yang tu lepas raya nanti baru datang check lagi...

Jantina? Aku pun tak tau. Doktor pun beriya2 nak tau tapi baby sembunyikan diri, malu kot.. :P
Tak kisah boy or girl, yang penting baby sihat tiada apa2 komplikasi. Amin..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...