Jumaat, 19 Jun 2015

BULAN RAMADHAN 2015 BERMULA...


Minggu ni aku dah berpindah bilik. Bilik jer, bukan poli keh keh keh!! Kiranya minggu ni aku dah hampiri fasa akhir trimester kedua. Dah nak masuk trimester ketiga minggu depan. Dan minggu ini dah bermulanya ibadat puasa di bulan Ramadhan. Jadi mengikut kordinasi badan aku yang dah semakin membesar ni aku terpaksa duduk di level bawah. Tak larat, den penat sangat mendaki tangga menuju ke tingkat tiga noh... 

Tumpang bilik MQA. Tuan bilik ni amik cuti lama, jadi aku tumpang masuk sini sampai ler aku 'booom' nanti.

Tiga minggu sebelum puasa aku dan husband pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk renew kad pengenalan. Satu satu sebab utama I/C husband gambar dia lain sangat- time muda2 dulu lebih 10 tahun lepas. Pegawai Jabatan Imigresen tegur suruh tukar I/C. Dia suruh amik gambar baru hehehe nampak sangat rupa husband dah jauh benar daripada gambar i/c tu. Aku pun tukar sekali sebab alamat rumah lama. Lagipun dah beli rumah kat sini, guna sahajalah alamat rumah sendiri...

Sehari belum puasa aku dah amik kad pengenalan baru. Dan dengan rasminya den dah jadi orang nogeri.... Diam tak diam dah dua kali dah sambut Ramadhan di rumah sendiri T_T

3 ulasan:

  1. Selamat menyambut Ramadhan Hasny.....

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut Ramadhan Hasny.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat meyambut bulan ramadhan juga ween

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...