Isnin, 8 Jun 2015

Cuti Sekolah vs Short Sem.

Kira dan masuk hampir seminggu sekolah bercuti. Qaireen dan Umar pun dah seminggu ikut aku dan ayah dia masuk opis. Puncanya budak2 ni tak pergi ke rumah pengasuh mereka. Nak abiskan masa main dan duduk di opis kami ni.


Kerja hari2 ialah tengok PC dan laptop. Pastu berlari bekejaran dalam opis, adoi... mujur giliran aku mengajar untuk short sem dah abis..

nak wat camna layan jelah wei..., lagipun mungkin ni masanya diorang dapat abiskan masa dengan ibu dan ayah. Kekadang terpaksa bagi amaran jangan berlari meloncat2. Opis kami ni bawahnya bilik bos. Confirm bos boleh terdengar nanti bunyi tapak berlari2. Nanti dia ingat staf2 dia main kejar2 apa ker kat atas ni huhuhu.



Saja jer dia duduk terbaring melintang atas meja aku nak main PC bahaha.

Kekadang bagi jugalah main hp, bila dah abis kertas2 diconteng dengan marker. Termasuk meja dan kerusi T_T


Qaireen sibuk tengok kartun Dora The Explorer kat laptop ayah dia. Sambil2 tu ayah dia sibuk marking paper dan key in dalam sistem.

So ni citer minggu lepas, minggu ni baru nak duduk kat pengasuh. Tapi tak lama, insahAllah aku pun nak amik cuti balik kampung time cuti sekolah ni.. 
nak mintak tolong member ayah tukar cermin kereta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...