Rabu, 17 Jun 2015

Hasil Pekebun Kecil.....

Dulu aku ada citer kat sini yang kami ada beli sedikit anak pokok, baja dan pokok bunga di pasar tani dan nurseri untuk ditanam di halaman rumah. Segan pulak kalau dah beriya2 beli rumah bertanah tapi tak dijaga tanah yang sekangkang kera tu T_T

Jadi setelah beberapa bulan (start tanam bulan November tahun lepas) akhirnya dah menunjukkan hasil..


Pokok buah delima dan mangga dah mula berbunga dan menjadi buah. Pokok baru tinggi semeter. Orang kata pokok baru belajar nak berbuah...


Buah terung pun dah boleh petik, kebetulan nak panaskan gulai semalam. 

Alhamdulilah dah ada sayur untuk makan malam tu. 


Ada buah delima dah merekah, kena petik sebab Umar nak tengok. Masih muda lagi. 

Agak terkejut sebab cepat benar ianya berbuah, sebab aku pernah bagitau pada Umar dan Qaireen kena tunggu sekurang2nya dua tahun untuk pokok besar dan berbuah. Tapi apakah kuasa kita pun nak tentukan pokok berbuah, semua di bawah kuasa ALLAH kan...:)


Ayat 63-65: Surah Al Waaqi'ah. Sumber dari www.surah.my





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...