Jumaat, 26 Jun 2015

Kenapa rasa stress buat Side Income?

Tetiba je aku teringin nak sentuh pasal topik ni. Sebab mostly ramai orang hanya tau bila kita ada buat business side income automatik kita boleh berbelanja lebih, shopping lebih, tak payah nak berkira2 kalau nak beli sesuatu. Dan paling best (paling perit aku rasa part ni) bila orang perli2 pada kita, untunglah buat business ada duit lain masuk poket, boleh beli rumah besar, boleh beli kete besar. Aku rasa kadang2 hati pedih, telinga aku rasa merah nak bernanah tapi senyum jelah.


Aku tertanya agak2 kenapa orang luar sana fikir macam senang jer nak buat business part time. Bila pikir2 balik mostly yang cakap tu diorang tak pernah buat business. Mungkin sebab tulah dalam pikiran diorang kita ni macam goyang kaki, duduk rileks,check2 handphone, minum kopi atau mengeteh tau2 duit dah masuk dalam poket- pasif income lah kononnya. Tetapi aku cakap terus terang untuk capai ke situ perlu ada BOTH HARD WORK AND HARD TIME  untuk capai tahap menjana keuntungan.

Bukan semudah seperti orang pikirkan. Aku pun kadang serabut jugak hohoho nak pikir anak2, nak pikir nak beranak, nk mengajar lagi, Tupperware, pasal rumah sewa, saving lagi. Adoiii berdenyut kepala dibuatnyer...

Dari cik google yg stress...

Stress wei, penat....T_T
Bukan mudah nak buat sesuatu janakan pendapatan sampingan. Kadang2 bila fikirkan makan gaji memang lagi mudah, masuk kerja sekian2 masa dan cukup masa kita abis kerja. Kita dibayar oleh majikan untuk diambil masa. Tapi banyak masa hidup kita diabiskan untuk bekerja.

Tapi kalu buat side income, setiap masa tak kira pagi petang malam, malam buta pun kena buat kerja. Buat business bukan sekadar duduk opis, aku kena rush pergi ke sana sini. Ke KL, Klang, Johor, merata2 (sampai Borneo buat roadshow). Nak cari stok barang2, daftar stressahli, pos barang, set target, dan plan target tu T_T

Lepas tu customer bukan nak kira masa kita free atau tak. Bising bila barang lambat sampai. Belum lagi melayan kerenah customer, tanya banyak2 lepas tu senyap..... Jenis bukan serious buyer. Ada nak murah2 je sahaja, nak gift lagi sampai tak masuk akal nak dilayan...

Time stress bila layan orang tanya minat nak buat business part time, nak cari duit lebih. Tapi mind diorang fikir macam senang je dapat buat duit kalau buat business itu dan ini.

Semua itu adalah berdasarkan usaha keras kitalah, bukan mudah seperti cerita sesetengah orang boleh 'capai bintang dan langit'... Kalau korang nak duit korang sentiasa terjamin ada pulangan menguntungkan, simpan diam2 sajalah dalam ASB atau Tabung Haji. Memang akan pulangan jer, tu janji kerajaanlah. Lagi senang pelaburan, tak payah serabut kepala nak fikir jual itu ini cari customer, capai target jualan dan jana untung. Bukan selalu untung pun (walaupun untungnya memang masyuk juga kalau compare dengan kenaikan gaji kita).

Lagi satu pasang nawaitu nak buat side income. Kenapa nak buat side income? Jadi kenalah fokus pada nawaitu, bila niat dan matlamat dah ada kita pacu tenaga dan effort kita berlandaskan nawaitu tu. Kalau samar2 tak tau hala tuju, nak untung pun tak tau nak target berapa, payahlah... Usaha pun suam2 kuku lagi payahlah aku nak tolong..

Okei, sorry teremosi pulak mak buyung ni T_T
Selamat berpuasa.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...