Selasa, 7 Julai 2015

Jejalan ke Taman Sri Binjai, Rahang Seremban

Hujung minggu tetiba rasa nak gi jenguk projek IJM di Rahang Seremban. Taman Seri Binjai. Nk jejalan tengok showhouse rumah tu. Anak2 aku memang suka gi tengok rumah hehehe.

Sampai sana lepas smbahyang zuhur. Fuh panas terik. Dah ler posa. Kebanyakkan projek perumahan kat sini dah hampir siap 80%. Tak banyak pun unit IJM buat. Jadi kalau korang beli tak payah tunggu 2 tahun sebab rumah dah siap pun. Yang tinggal pun banyak bumi lot. Dia offer pakej yg menarik tapi bab tu aku tak tanya pulak kat admin diorang hehehe. Jenis2 rumah yang ada tu :-

  1. Double Storey Link Homes 22′ x 65′ (RM412,110)
  2. Double Storey Link Homes 24′ x 80′ (RM521,360)
  3. Double Storey Semi-D 40′ x 80′ (RM834,860)

Kira lebih kurang sama juga projek IJM kat S2 Height tu. Saja nak tengok deco rumah2 tu. Tapi binaan rumah IJM memang cantik dan kemaslah.

Double Storey Link Homes 24' x 80'
Ni double storey super link, besau jugak bukaan luas dia. 

Wah, tanam pokok dalam porch rumah, dia bukak tiles 2 kaki untuk tanam pokok2 tu...

Hijou jer rumput dia huhuhu..

Bedroom ke dua...

Master bedroom, Umar memang suka kalau ajak jejalan tengok rumah2 hahaha.

Bedroom untuk boys... 


Seri Binjai 2
Yang double storey link house.. 


Ada lagi unit2 yang masih kosong terutama bumi lot, jadi kalau korang nak jenguk2 tempat ni boleh le ke laman website dia http://projects.ijmland.com/seribinjai/

Dah puas pusing apalagi balik ke Seremban 2, singgah sekejap bazar ramadhan dan pejabat zakat. Dekat 2 minggu puasa, hujan tak turun. Itulah cubaan bila berpuasa. Bersabar jelah yek... 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...