Selasa, 11 Ogos 2015

Kunjungan beraya saudara mara di Sendayan.

Mode raya masih 'on' walaupun dah dekat sampai penghujung nyer... Kebetulan hari Sabtu aku buat bihun soto saja nak makan2 untuk family. Aku snap gambar dan hantar kat abang aku di PJ suruh datang makan kat rumah. Dia cakap nak datang raya nanti, sampai ke sudah raya nak abis tak muncul2 jugak hahaha. Akhirnya dia balas whatassap nak datang ahadni termasuk family cik wa dan mak teh... 

Pengedil hasil air tangan husband ni :)

Sup soto ayam.. . 

Ikan pekasan (ikan loma) diimport dari kampung husband kat Changkat Jering. Aku goreng tauhu sebab boleh cicah dengan sambal kicap. Masak nasi sekali sebab hari dah tengahari kan..

Abang aku sampai dulu, aku terus ajak makan. Tak sampai setengah jam, family dari Banting pon sampai. Apalagi makan2, nasi panas lawan ikan pekasam tak cukup nasi dibuatnya. Kena masak nasi lagi T_T terbantut diorang nak makan,,,, 

Keluarga mak teh, anak2 dia semua ada. 

Lepas makan, rehat2 dulu. Sebab lepas ni diorang nak beraya ke Jimah pulak. 



Yang budak2 lelaki ni kemain lagi main bola tengah2 hari panas. Mula2 main playground pastu pergi court futsal pulak. Terpaksa abang aku turun sana tengokkan diorang... 

Yang si Umar dan Azim boleh pulak sibuk mencangkul gali tanah, yarabbi... Lepas kalau datang bawak sekali baja dan anak pokok yek boleh tanam pokok kat laman rumah kami hahaha!! Abang aku bawak anak2 balik KL awal sikit sebab mak saudara kami dari Johor nak datang beraya.. 

Dalam pukul 5 petang semua sedara beransur pulang sebab nak beraya ke Jimah pulak . Aku tak ikut sebab nak kemaskan rumah. Lagipun kaki dah rasa keletihan sebab asyik berdiri dan jalan sana sini T_T






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...