Selasa, 11 Ogos 2015

Makan meatball di Ikea, Damansara


Sebenarnya aku dah lama dengar orang dok sibuk citer makan meatball kat Ikea ni. Diorang citer memang sedap sangat sampai kalau datang Ikea tak sah kalau tak makan meatball!! Tu dia....
Aku dan family memang pernah datang beberapa kali ke sini tapi tak pernah terfikir nak makan sebab rasa mungkin mahal kot T_T

So lepas jumpa untuk settle sublet unit apartment di Giant Shah Alam, aku dan husband menuju ke IKEA. Hajat sebenarnya nak survey barang dan perabot. Lepas solat rasa nak makan, kebetulan food court dia sebelah surau je kan. Jom try makan pulak hahaha!!



Aku amik order Salmon Lemon. Ada pegedil sayuran lagi. Ni sesuai untuk orang vegeterian kot..
Harga RM13.50 sepinggan. 


Meatball Sweeden!!
Husband amik hidangan ni memandangkan officemate dia beriya2 ajak gi makan meatball ni, sedap sangat katanya. Ada 15 biji meatball siap sos dia dan mashed potato. Yang tu bukan sambal ikan bilis yek, huhuhu sos strawberry/raspberry kalau tak silap!! HaRGA RM15.00 sepinggan. Kitorang amik hidangan lain2 sebab rasa betul ke sedap sangat makanan kat sini.  


Muffin Blueberry dan vanila. RM1.50 jer. Pasal harga tulah aku amik. Kat kedai roti Bee Bee Batu Pahat sebijik dah RM1.90 sekarang huhuhu!


Air ada hot drimk dan softdrink je, RM2 satu cup. 
So apa lagi, Bon appetit!!

Rasa dia?? Secara jujur lepas makan aku makan bolehlah... tapi nak datang makan lagi sebab teringat2 tu mungkin tak kot. Sebab tekak melayu nak makan pedas2 jek. Kalau cili jeruk ke sambal kicap mantap lagi hahaha, husband nak request sambal tu T_T mati2 aku ingat sambil tumis rupanya sos rasberry, patut manis semacam. Agaknya kantin sekolah/ opis kat Sweden makan diorang macam ni kot...  


Lepas makan, dah kenyang start balik misi survey barang2 yang dicari. Snap gambar dan simpan. Next time datang lagi, kali ni awal2 sikit sebab nak bayar tu punyalah panjang beratur di kaunter dia T_T





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...