Jumaat, 18 September 2015

Meninjau Kalista 2, Seremban 2- projek IJM

Actually dari Kalista fasa 1 lagi aku dah pernah ajak husband untuk view unit dia. Tapi macam biasalah, lalu je banyak kali kat IJM Seremban 2 tapi tak pernah singgah pun. Itu masa tahun 2013. Sekarang ni Kalista 1 dah hampir siap. Tetiba keluar pulak iklan KALISTA 2, jadi ada faktor WOW kat situ hehehe...

Sebenarnya kami menetap di sekitar Sendayan dan Seremban 2, jadi memang dah familiar sangat kawasan2 situ. Maka minggu lepas pada waktu tengahari yang agak berjerebu tu, aku dan husband termasuk anak2 singgah tengok show unit dia kat area pejabat IJM tu...

Keluasan unit ialah 929sq.ft. Sama macam luas Kiara Court, Nilai Impian yang aku pernah view di sini. Cuma beza di pejabat IJM ada buat show unit. Ada 3 bedrooms and 2 bathrooms siap balkoni dan yard pun ada.



Bedroom 1

Master bedroom

Bathroom. Luas bathroom adalah sama dengan bathroom ke-2.

Dapur. Terus ke belakang adalah yard. 


Dining hall 

Living hall, terus nampak balkoni..


Blok B baru sahaja dilancarkan. Blok A bakal menyusul nanti. 


Antara Blok A dan Blok B ada kemudahan fasiliti macam swimming pool, gym, pavillion. 


Harga?? Bergantung pada keluasan apartment. 
Ada unit luas 929sq.ft hingga 1561 sq.ft, ikutkan harga unit keluasan 929sq.ft ada harga masih below RM300K :)
Dan pihak IJM bagi cash rebet sebanyak 5% kepada pembeli :)
Bayaran booking hanya RM1K :)
Free SPA dan Loan Agreement (yg ni mana2 project undercon memang akan offer)

Contoh: 1 unit non-bumi 929 sq.ft adalah RM297 800
Rebet dari IJM : 5 % dari harga rumah
Booking: RM1000
Baki = 5% - RM1000 = RM13 890*

*Baki perlu dibayar dalam 14 hari selepas SPA kalau keluar modal sendiri. Kalau guna duit EPF tempoh masa diberikan adalah 1 bulan.. 


Huh, menarik kan. bagi orang yang menetap di sini memang nampak potensi dia. 

4 ulasan:

  1. Salam tuan, ini direct IJM atau agen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...nak tau kalista 2..ramai dah book ke? Or banyak lg losing?

      Padam
    2. Masa sy tinjau paras bawah dan lot non bumi hampir penuh. Kalau nak keterangan lanjut boleh jenguk ke web IJM S2 dan contact no diorg.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...