Isnin, 19 Oktober 2015

Pos express yang laharam...!


Actually benda berlaku sebulan lepas. Ejen kami, Mr Yong dah pos tenancy agreement pada kami untuk tandatangan pada tempat dia dah tanda. Sebab tenant dah masuk rumah dan dia dah bayar deposit sewa dan api air semua. 

Kemudian minta kami pos balik segera untuk uruskan proses matikan setem dokumen di LHDN. Jadi tak payah nak datang jauh2 semata2 bagi balik dokumen tu. Memandangkan pos express DIJAMIN SAMPAI BESOK! hah aku pun guna ler pos ni...


Jamin sampai besok?? Laharam.... 

So folloowup 2,3 hari, Mr Yong kata tak sampai lagi. Aku pun naik heran...Bila check no track memang dah sampai pun kat Pejabat Pos KL. Tapi yang pelik dia tak bergerak2 keluar dari PP tu....aik.. Bagi alamat memang betul, tak silap pun.

After 5 days, last2 husband call customer service Pejabat POS. Enam kali call tau, baru berangkat. Bila dah report masalah, bagi no track dan alamat yang diposkan, operator kata tunggu dalam 6 hari. Nanti diorang akan call untuk maklumbalas lagi. Bila bagitau kat Mr yong dia kata macam lama sangat nak tunggu...T_T.
Oklah oklah biar kami datang sana senang jer... Tandatangan terus tak payah pos2 kan ceh.. baik kitorang pass sendiri je dari awal lg.

Jadi hari Sabtu pagi2 tu kami turun ke Shah Alam. Tapi Mr Yong tak payah ke sana, kita jumpa kat Giant PutraHeight pun boleh sebab dia nak beli barang2 dapur untuk isteri dia. Bagus Mr Yong, memang suami mithali hahaha. Dia cakap settle dulu hal2 rumah nanti tengah hari dah kena kerja, nak bagi talk lagi kat REN company dia. Otai REN kan.. Kitorang pun tak sempat kenal penyewa tapi Mr Yong kata penyewa student Medic MSU.


hah tandatangan balik dokumen, kat parking kereta pun jadilah. Nak cepat punya pasal. 


Dan minggu lepas kami dah dapat balik salinan dokumen yang sudah dimatikan setem oleh Mr Yong. Settle!! Hah pasal pos express tu, janji nak call balik dalam masa 6 hari, dah 3 minggu sampai ke hari ni, haram tak de call yang masuk. Ceh KPI dahsyat betoii pos express ni tapi laharam je.... T_T




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...