Jumaat, 1 Januari 2016

Aiskrim strawberi homemade

Beli strawberi banyak kat Cameron Highland tapi tak tahan lama, nanti dia jadi berair nak makan pun tak sedap. Lebih baik buat aiskrim kan.

Bahan2 dia simple je, 
gula, susu segar dan of course buah strawberi lah..
Aku guna ExtraChef Tupperware untuk kisar dan adunkan bahan.

Campurkan gula 3 sudu dan strawberi 100g. Buang daun dia dahulu sebelum kisar yek.
 Kalau korang nak nak manis atau strawberi lebih boleh tambah lagi sendiri ikut korang punya citarasa.

Kisar sampai lumat.

Campurkan susu segar 250ml. Kalau ada whipping cream pun boleh. Sebab Qaireen alergik dengan dairy food, susu ni je dia boleh minum. 

Ok dah siap. Senangkan..

Tuang dalam mould dia.


Dah siap tuang. Cukup2 6 batang aiskrim. 

Pose gambar, diorang dah tak sabor nak makan.

Dah siap apalagi simpan dalam tempat beku semalaman. Time ni kena banyak ler sabor2 sebab anak2 sibuk bukak tutup pinti fridge nak tgk aiskrim dah beku ke belum T_T

Besoknyer baru dapat makan... slurpppp

Chill!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...