Jumaat, 1 Januari 2016

Jejalan di Cameron Highlands

Balik dari Perak ke Seremban kami singgah dulu di Cameron Highland. Kira ni dinamakan lawatan sehari kui kui sebab naik dan sampai Cameron pukul 12 tengahari, pukul 4.30ptg dah turun balik ke seremban.. jimat tak payah bermalam. Korang nak tau Cameron ni cukup je 1 hari nak jln2 semua tempat.

Dah janji dengan anak2 nak bawak diorg tengok pokok strawberi dan pokok teh. Lagipun diorg suka minum air teh tapi cap lipton. Wah lepas balik Cameron terus tukar teh boh pulak.. bagus jugak sbb harga boh lagi murah kui kui kui..


Tanah runtuh erk!!

Kami naik ke atas ikut jalan Simpang Pulai sebab dari arah Taiping. Dah nak sampai boleh tengok bnyk juga construction jalan dibuat gara2 tanahnruntuh.. pergh seram tengok, kalau hujan lebat tak henti2 tak tau laluan ni selamat ke tak yek.

Wah bunga lavender..wangi.
Sampai je pergi tengok taman lavender. Nak masuk ke bayar yek.
Dewasa RM6. Kanak2 RM3

Posing2 dekat taman lavender high

Diorang tanam selang seli pokok bunga. Canteeekk!!

Rehat sebentar, amik angin segar...kat belakang tu barisan pokok2 bunga dahlia. 

Makan aiskrim starwberi yogurt, harga dia RM8 secawan pergh!!  Dah anak2 bising nak makan aiskrim starwberi.

Beli kat dalam kedai ni, ada jual juga jem strawberi yg fresh punya dibotolkan  di situ untuk dijual terus.

Buai laju2...Sempat main buaian...

 Ilhan rileks jer, tidur je sepanjang jalan kat Cameron. Cuaca sejuk memang best tidur ye nak.. Chill!!



Umar terpegun, geram tengok bunga dahlia. Boleh petik tapi bayar ye lepas tu. Sekuntum rm2.00. Kalau 6 kuntum jadi RM10.

Time ni banyak betul anak2 tanya itu dan ini..
Dah jom kita pergi makan..

Kami singgah di pekan Brichang, ada medan selera kat situ. Lepas tu singgah beli sayur2, keledek dan jagung. Balik nanti boleh masak2. Strawberi beli jugak sebab nak buat aiskrim. Kalau makan begitu je, masam betoi.. Qaireen je yg makan buah tu. Time ni tak sempat nak amik gambo kat pasar dia. Murah, Rm7 ada RM8 utk 10 bungkus sayur. Ikut kuantiti dia. Boleh pilih campur2. Pasar tu dibuka pada petang hingga malam.


Sebelum balik singgah ladang teh, tak masuk kilang dia. Sebab dah lewat, aku kalau boleh tak mau dah gelap masa nak turun. Jalan ke tanah rata dan Tapah agak mencabar T_T


Sebelum turun ke Tapah.. melawat ladang teh dulu... 


Pose ayah dan anak2..


Last kami datang tahun 2010, masa tu menetap kat Kuching lagi. Qaireen dah setahun lebih dan Umar dah dalam 3 bulan. Lebih kurang seusia macam Ilhan sekarang masa datang sini. 

Posing satu keluarga pulak. 


Apa lah agaknyer husband dok usha kat pokok teh tu hahaha!!

Jam 4.30 turun, oklah persinggahan yang pendek tapi cukup ok untuk anak2 berseronok sambil belajar... Chill!! v('')v


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...