Khamis, 7 Januari 2016

Buat ayam percik simple

Masa Cuti panjang ni kalau masak mesti nk cuba resipi2 yang best kat internet. Salah satunyer aku selalu ikut blog ana suzana. Resipi yang ku cuba kali ini ialah ayam percik simple tapi sedappp!! Anak2 dan husband pun suka.

Bahan2 dia adalah 
2 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
2 inci Halia
1 sudu kecil Biji ketumbar 
2 inci Kunyit hidup (yang ni aku guna serbUk ajer)

Pastu serai 3 batang kalau saiz dia kecil
Kalau besar 2 batang pun cukup.
Racik2 bagi halus sikit. Senang nak kisar.
Semua bahan2 di atas dikisar sampai lumat.

Peha ayam 2 ketui, aku beli kat Mydin Seremban 2.
Ingredient atas tu cukup untuk peha dua ketui ni. 



Santan kotak 200ml. 
Kalau 3 atau 4 ketui peha ayam kena lebih sikit santan tu..


Masak pakai kuali senang. Jangan nyalakan api dulu.
Letak ayam dalam kuali.  Tuang bahan kisar. Dan tuang santan 1 kotak


Yang ni aku tambah sendiri. Serbuk kari daging 'terbabas' punyer
Aku guna setengah peket je.. nanti terlalu spices sangat, kesian kat budak2 nak makan nanti.


Dan tambahan 3 sudu besar cili kisar. 
Nak pedas tambah sendiri yek.
Pastu hidupkan api sederhana, mulakan memasak. 
Sentiasa kacau dan balik2 kan ayam tu supaya masak sekata.


Dalam resipi ni aku sendiri saja tambah madu dalam 2 sudu. 
Boleh gantimadu dengan tambah gula sedikit..

Letak sekeping sahaja asam gelugor dalam tu.
Kacau lagi dan lagi dan lagi.

Sampai bila nak kacau??
Sampai kuah dah jadi pekat. 

Bila dah pekat kuah dia, angkat ayam tadi dan letak dalam tray untuk dibakar. 
Kuah yang lebih tu letak dan sapu atas ayam tadi. Bakinya letak mangkuk untuk jadi sos cicah bila nak makan nanti :))

Bakar dalam oven suhu 180 degree selama 30 minit. 
Depend dengan saiz oven anda juga. 

Tadah... siap dah. 
Kuah tadi boleh letak sapukan atas ayam sebelum dihidang makan. Senang kan..
Mudah je, bahan dia pun simple. 
Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...