Jumaat, 22 Januari 2016

Ilhan 3 months

Dah genap hari ni, Ilhan Wafiq umur 3 bulan. Minggu depan nak kena bawak ke klinik kesihatan check up macam biasa. Bulan lepas check up 2 bulan, berat badan dia 6.2kg dan panjang 59cm. Cepatnyer kamu membesar T_T


Pandai dah tengok tv, melihat benda2 yang bergerak dan berbunyi..



Perkembangan sekarang dia sibuk nak meniarap, beberapa kali cuba mengiring. Jadi sekali tengok posisi dah bertukar. Seputar alam...


Iyeh.....


Sekali lagi! Iyeh....


Aduhai, saya letih bu..

Ikutkan sepatutnya minggu ni aku dah start kerja. Abis dah cuti bersalin 3 bulan. Tapi aku lanjutkan cuti sampai hujung bulan ni. Jadi start kerja bulan 2. Tambah cuti rehat. Kui kui kui!

Hm.. Anak2 lain tanya bila ibu nak pergi sekolah ibu, hahaha nampak diorang yang tak sabar nak aku pergi kerja gamaknya. Tapi sebenarnya diorang nak aku ada sekali masa pergi antar diorang ke sekolah sana. 

Aku cuti lama2 ni pun kadang2 rasa lemau pun ada jugak hahaha. Kadang2 rasa macam jadi 'lampi' (lambat pick up) pun iye. Rasa sel2 otak lambat berhubung, macam tak tangkas atau lambat fikir bila nak buat kerja atau keputusan. Husband bagitau "tu tandanya awak kena masuk kerja cepat2!" Ceh...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...