Selasa, 19 Januari 2016

Make over Studio

Sesudah shopping barang2 di Ikea Cheras tempoh hari, Sabtu lepas kami datang lagi ke GP, Cyberjaya. Sampai dalam 11 pagi lebih, kami terserempak dengan jiran unit sebelah, Masnizar. Ada husband dan anak2 dia sekali. Rupa2nyer blok Harvard tak de elektrik sampai jam 12 tengahari. Unit dia tengah repair sebab ada bocor kat siling bilik air. Sempat berkenalan dengan dia, dan baru tau ada group whatassap untuk Harvard Group. Hehehe macam kitorang ni alumni student Harvard University pulak. Tak sempat snap gambar dia sekeluarga sebab Ilhan dah mengamuk cuaca panas..

Husband bagitau biar dia aje yang pasang perabot, nanti dah ada aircond baru dia whatassap aku. So aku pun bawak ler anak2 pergi mandi swimming pool di tingkat bawah, nak tunggu memang panas sebab nk switch on aircond tak de elektrik. Qaireen dan Umar pun dah asyik ajak mandi swimming pool dari hari kami datang amik kunci lagi.

Ceh Umar yang beriya2 nak mandi, last2 mandi ke tepi tangga je.

Umar takut nak ke tengah pool, Qaireen saja yang mandi sorang2 kat situ. 

Kat sini je yang sesuai nak bagi budak2 mandi. Sebab kalau ikutkan kedalaman kolam adalah dalam 1 meter. Sebab aku test dulu masuk kolam sebelum bagi diorang mandi. Lencun seluar aku huhuhu. 

Peace ibu, saya mandi kat sini je tau! Suka hati ler nak, janji tak terjun sesuka hati..

Ilhan berbalut dengan towel.

Sambil2 perhatikan anak2 mandi bawa juga Ilhan cecah2 kaki kat kolam. Uii sejuk! Hehe budak baik ni senyum je tengok abang dan kakak dia mandi kat situ. 

Lepas azan zohur, aku ajak diorang naik. Lagipun husband dah bagitau elektrik dah ada balik. Biru bibir Qaireen berendam lama dalam kolam. Lepas tu tukar baju, solat dulu barulah kitorang pun pergi makan kat depan bangunan EmKay. Singgah beli cat dan berus untuk deco2 sikit unit studio ni.

Singgah kedai hardware beli barang2.

Sebelum cat. Nak bagi warna terang sikit kat sini.

Proses cat dilakukan, aku pun tolong cat tempat yang tinggi sebab tangga tak bawak. Jadi kena guna bangku. Nasib baik aku tinggi dan 'ringan' jer kui kui kui.

Fah sudah cat baru susun perabot dan kemaskan cadar dan langsir bilik2 tu. Cuci dan mop lantai bilik air. Lap perabot2 sebab dah berabuk masa install perabot aritu. Jadi hasilnya memang memuaskan. Baru nampak menarik.











Actually aku terfikir nak gunakan airbnb.com tapi memikirkan kekangan masa nak uruskan jadi aku fikir untuk disewakan jangka panjang. Lagipun according to Cik Rohaniah Noor, sekarang musim sejuk Cyberjaya sebab student tengah bercuti. Jadi tunggu musim panas datang bila student dah start masuk belajar semula. Jika anda berminat untuk menyewa atau menginap pada hujung minggu (selĂ gi penyewa belum masuk) boleh roger saya. Harga boleh dirunding :)

HASNY
012 7597929
019 728 6630







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...