Ahad, 17 Januari 2016

Masak char kuew tiew.

Dulu masa kerja kat Kulim, Kedah, aku rajin juga petang2 balik kerja makan char kiew tiew dengan member opis. Lokasi kat Jalan Kilang Lama, makan kat gerai Char kuew tiew Remaja. Tak tau nape nama kedai dia gitu mungkin rasa remaja kot makan kat situ T_T

Kalau terajin sanggup pergi ke Bukit Mertajam cari char kiew tiew kat sana. Memang happening waktu malam, sesak nak cari parking jalan celah2 kedai dan shoplot situ semata2 nak makan char kueh tiew punya pasal T_T

Last2 dah 10 tahun lebih berlalu, aku dah kahwin beranak pinak tak kan nak kuar malam2 cari makanan tu. Lagipun dah duduk kat Seremban bukan senang nak gi Penang ke Kedah nak makan char kiew tiew. Jadi buat jelah sendiri...

Bahan2 utama untuk char kuew tiew

Bawang merah dan bawang putih. Dikisar.

Udang yang direbus, jangan rebus lama2

Taugeh dan daun kucai. Sumber serat dan fiber hehehe

Kerang rebus yang dah buang kulit dia. Karang korang masukkan sekali dengan cengkerang dia pulak!!

Cili kisar...

Mee tiew dia ler. Tak kan pakai spagethi kot...

Kuah sos dia.
Yang ni hasil daripada air rebusan udang tadi.
Letak sos tiram 5 sudu, 
Sos kicap manis 5 sudu, 
Kicap masin 5 sudu
sos ABC 5 SUDU
1 sudu gula
1 sudu kecil garam
Panaskan sampai agak2 dah sebati semuanya. Aku buat cair, ada yang buat jadi paste.


Ok, sekarang cara nak memasak pulak. Sapa2 nak makan, kira masak sendiri je untuk diri sendiri. Sebab bahan2 dah ready ikut selera tekak anda nak lebihkan apa2 ingredient time masak tu.

Panaskan minyak dalam kuali. Api sederhana

Minyak dah panas, masukkan 1 sudu bawang kisar. Goreng garing naik bau.

Masukkan 2 sudu cili kisar, sebab aku nak rasa pedas. Korang nak pedas lagi tambah ler ikut taste korang. 
Besarkan api memasak. Masukkan kuah rebusan air udang tadi dalam 2 sudu. Nak basah lagi letak kuah lebih. Masukkan udang dan kerang. Pastu mengelegak terus letak mee tiew tu dalam segengam. 

Masukkan taugeh dan daun kucai


Dan siram dengan telur hehe. Aku bubuh setengah biji jek. Takut muak. Kemudian kacau bagi sebati, tak payah lama2. Terus angkat

Dah siap untuk makan. Ni kalau nak kering goreng lama sikit. 

Kalau nak basah, kuah dia lebihkan sikit..

Ok, selamat mencuba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...