Khamis, 28 Januari 2016

Reunion kecil kawan sekolah

Kebetulan minggu lepas kami sekeluarga balik johor. Kebetulan cuti aku masih ada lagi jadi aku sambung sampai hujung bulan 1 ni, bulan 2 nanti baru naik kerja wakakaka.

Kat Batu Pahat member kamceng dari form 1 aku, Liliani baru sebulan lepas bersalin anak ketiga. Bila aku tengok status FB, member aku NORLaila pun ada kat Batu Pahat sebab masih cuti bersalin kitorang pun dok komen2 kat status cadang nak jumpa. Maklum ler lama tak jumpa kawan2 sekolah ni...

So before balik pagi ahad tu aku pergi ke rumah lili, bawak Ilhan dan Umar. Qaireen tak nak ikut sebab ayah dia tak ikut sekali, deman.. bukan jauh mana pun umah Lili, 500m jer dari umah aku.. aku datang awal juga, dekat setengah jam baru Laila sampai. Tapi sorang jer. Lahh dia tinggal baby dia kat umah mak dia. Baru nak ambil gambo sama2


Anak lili no 2, Ilham dah 3 tahun dah. Yang sulung darjah 2 takde sebab sekolah. 


Selit sekali Umar nak gambar dengan Ilhan.


Gambar untuk anak2 yg no 2 dan no 3 kan hahaha.
Anak terbaru lili, Aisyah. Dah 40 hari dah. 
Yang anak sulung je takde dalam gambar ni. 

Ibu2 yang sedang dalam cuti bersalin bahaha.
 Dengan baby masing2 kecuali Laila sebab tinggal baby kat umah mak dia.

Throwback 1997, masa ni form 4. 
Lili takde sebab dia ler tukang amik gambo ni. Ni ler rumah lama dia. Laila pun takde sebab dah masuk sekolah teknik.

Alahai rindu seh zaman sekolah dulu hehehe. . Sembang2 borak2 pastu pukul 12 lebih aku pun beransur balik, nak balik seremban lagi petang tu. Hopefully ada rezeki inshaAllah kita jumpa lagi..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...