Rabu, 6 Januari 2016

Umar dah masuk pra sekolah

Kami saja masukkan Umar satu sekolah dengan kakak dia, walaupun sebelum ni dia dah biasa di Pasti Al Fateh dari umur 4 hingga 5 tahun.. sebab senang nak monitor, mudah kalau dua2 anak satu sekolah. Senang nak antar pergi dan amik balik sekolah. Lagipun aku nak Umar dah biasa dengan sekolah jadi bila masuk darjah 1 tak dela dia buat drama king nanti bila start sekolah tahun depan T_T

Ikutkan nak mohon pra sekolah ketat juga pemilihan dia, tapi kami cuba mohon saja. Kalau ada rezeki adalah nanti. Bila dapat surat tawaran umar dapat masuk rasa lega sesangat.

Steady Umar, hari ke 3. 
Hari pertama tu menangis juga. Tak tau lah tapi husband kata dia goncang pintu pagar kuat nak keluar dari pra sekolah tu hahaha. Aku tak ikut sama sebab handle Qaireen untuk kelas darjah 1. 

Kalau sampai tak nak minum pagi. Pra sekolah ada sediakan minum pagi. Bukak kasut terus masuk kelas. Pemalu sikit budak ni.

Simple je baju pra sekolah. T shirt putih seluar track gelap. Kasut. Itu je. Beg tak payah bawak. Sekolah hanya bekalkan fail shj sebab tak nak bilik penuh dgn beg..

Hopefully dia boleh serasikan diri dekat sekolah baru. Boleh cari kawan2 baru. Kesian sebab dia dah biasa dengan kawan dan mualimah di Pasti lama. Sekarang pagi2 dah gerak keluar awal rumah seawal 6.45 pagi nak sampai sekolah tepàt pada masanyer.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...