Jumaat, 5 Februari 2016

Hadiah dari mak...

Mak aku ada mesin jahit jenama Singer, jenis yang lama punya. Dulu masa aku sekolah rajin mak jahit baju aku malam2 kalau dia 'off shift' maksudnya minggu tu dia tak kerja. Sebelum kami nak pindah rumah baru di Batu Pahat (masa tu kami masih lagi menetap di Muar),  aku ingat sampai lewat malam dia menjahit langsir untuk rumah baru. Kata mak jimat duit, time memang susah sikit sebab kitorang dah sekolah. Duit banyak nak pakai besarkan kami.

Sumber dari Google.



Mesih jahit dia lebih kurang macam ni. Kitorang boleh buat main jongkang jongket, kadang2 boleh jadi keretapi hahaha bising mak takut mesin dia jahanam kena kerjakan anak2 dia yang nakal T_T

Bila aku sambung belajar kat Ittho, mak masih jahitkan baju kurung aku untuk ke kuliah. Bila aku dah start kerja di utara dia dah kurang aktiviti menjahit. Kadang2 dia jahit kalau nak repair kain ke baju koyak. Bila aku balik cuti, aku baru tau mak dah trade in mesin jahit lama dia kepada yang lebih baru. Maknanya yang hitam tu dah tukar kepada warna putih. Tapi jarang2 aku nampak dia menjahit lepas tu.

Bila rumah renovate tahun 2008, aku belikan terus langsir baru untuk rumah baru. Mak tak payah jahit2 lagi dah, mata dia dah tak beberapa nampak.  Sudahnya mesin tu tersimpan lah peram dalam stor. 

Dan bulan lepas masa mak ayah datang rumah kami, aku sembang2 pasal mesin jahit portable. Harga pun ada RM150 lebih. Kalau ada senang sikit nak jahit seluar ke kain yang koyak. Nak jahit tangan memang aku tak berseni. Dulu sekolah, kelas ERT pun aku mintak mak jahitkan projek aku miahahaha. Rupa2nyer bila diorang balik je Johor, mak terus kemaskan stor keluarkan mesin jahit peram tu. Ayah bersihkan dan hantar servis kat Singer. Yang meja mesin tu ayah bagi kat kawan ayah. 

Dan minggu ni, mak call nak datang petang tu, besok pagi balik johor. Eh cepatnyer nak balik. Mak datang nak antar mesin jahit ni jer! Hahaha aku tak pasal2 google macamana nak guna mesin jahit...T_T

Tapak dia tu betul2 besi tuang, berat nak m*****.......
Aku tak boleh nak angkat T_T

Warna dia dah faded sikit. 
Aku letak kat atas island dapur kami je, tak tau nak letak simpan kat lagi. Sebab berat, bukan jenis portable nak alih pindahkan ke mana2..hmmm

Balik rumah, hari2 ler aku hadap tenung mesin ni.. Tengok jer...tak tau tak de idea nak guna pakai lagi. Lagipun mak terlupa nak bawak paddle kaki dia. Jadi tak dapat guna lagi. Kesian mak, beriya2 nak antar dan ajar aku malam tu. Tapi lupa nak masukkan paddle dia dalam kereta sebelum bertolak. Nampak muka dia frust, berkobar2 dah semangat nak ajar aku guna mesin ni. Kesian ada, kelakar pun iye hehehe..

Nampak gayanyer kena ler aku masuk kelas menjahit pasni. Kalau tak, aku tak tau bila lagi aku nak pakai mesin ni huahuahua... Dan tak lupa sekali terselit sekali antar basikal ni. Diorang sempat belikan basikal ni kat aku. Ayah suruh aku berbasikal pusing2 taman dengan anak2 T_T.... Nak suruh kami bersenamlah macam tu..

Basikal tak sempat2 lagi nak kayuh..

Basikal ni boleh lipat2, dah ler harga dia luar kemampuan aku T_T. takde nyer aku nak beli, tapi sebab diorang dah bagi... Sampai ke hari ni aku masih tak bawak2 basikal ni lagi.. Takde masa wei... Balik pun dah petang, nak masak lagi uruskan baby lagi... tggu jelah hujung minggu ye. 

Wah kah kah, macam2 ler nak kena buat dan belajar tahun 2016 ni......T_T






2 ulasan:

  1. Sis..tumpang tye..medin jahit mak sis bg tu model ape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. OO sy pun tak tau, ni brand lama punya haii sampai tapak dia berat giler. Nak angkat berpeluh ketiak tau hehehe. Mesin dah mak amik balik sebab dah rosak

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...