Selasa, 16 Februari 2016

Hari Isnin yang penuh!

Hari Isnin ialah hari yang agak memenatkan bagi Qaireen Shafiyyah. Kelas dia dari pukul 7.30 pagi akan berakhir pada pukul 2.00 petang. Sebab selepas sekolah pagi berakhir dia akan sambung kelas tasmik dari jam 1.00 tenaghari sampai pukul 2.00 petang. Dan selepas tu jam 2.10 petang kelas KAFA dia akan start sampailah jam 5.30 petang T_T.

Penuh kan... No wonder kalau dia tertidur kepenatan dalam kereta setiap kali balik rumah. Jadi time untuk dia makan tengahari ialah pada jam 2.00 petang. Mujur kelas tasmik Qaireen selalu abis awal 15 minit. Jadi aku akan tunggu di kantin bawa bekal makanan tengahari siap2 untuk dia makan sebelum dia sambung kelas KAFA petang tu. Duduklah kat situ teman dia makan sampai abis.

Tengok kalau selera dia nak makan nasi ayam, kami bungkus nasi ayam...

Dan air kotak, nak bagi dia booster untuk belajar sampai ke petang nanti hehehe. 


Kesian Qaireen, rasa macam dah ikut waktu orang bekerja pulak. aku pun kadang2 fikir bilalah budak2 ni nak rasa zaman budak2 yang seronok, riang dan gembira. Dah dipenuhkan kepala mereka dengan aktiviti belajar jer.... Sebab tu kalau cuti aku bagi jela dia nak baring ker, tengok tv ker, main basikal ker (asalkan jangan waktu panas) tak pun bawak diorang jejalan ke mana2. Harap hidupnya tiada kebosanan hahaha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...