Isnin, 15 Februari 2016

Jejalan ke KL Bird Park

Seminggu cuti sekolah sebab Tahun Baru Cina maka anak2 pun takde rush nak bangun pagi2 mandi bergegas ke sekolah. Tapi bila cuti kami pun kerja mcm biasa, maklumlah politeknik bukan cuti macam sekolah. Hari khamis aku amik cuti untuk bawa anak2 jejalan ke kl.

Mula2 plan nak pergi Pusat Sains, dah survey dalam internet pusat sains akan ditutup pada 20 Mac 2016 untuk renovation. So maknanya masih buka lagilah kan. Tapi kami sampai peh... memang tutup. Dah tutup awal2. Rasa frust lah pulak, lain maklumat diberi, lain pula jadinya.

Last2ubah plan pergi KL BIRD PARK. Tapi tak syoknya, Qaireen badan dia makin panas. Dan kaki dia cramp pulak tak larat nak jejalan. Terpaksa ler tolak dia atas stroller Ilhan. Ilhan pulak dukung pakai cartier bag. Dah ler berat dkt 7kg, semput nak dukung lelama.

Pintu masuk...
 Harga tiket dewasa RM23, budak2 pulak RM13.  Jadi total RM80 LEBUR!!.... aku tengok banyak orang luar yg datang, pergh untung giler ler Bird Park ni. Sekali masuk sorang diorang cas RM50 beb!! Ala RM50 bagi diorang apalah sangat sebab duit kita kan dah jatuh T_T


Sebelum masuk..
Qaireen tak boleh diri lama2 jadi kita tukar tempat ilhan Qaireen yg duduk. 

Burung2 ni berkeliaran bebas, kalau korang ada makanan siap diorang lun kejar ikut kita miahahaha. Husbamd nampak ada pelawat dari India tu cabut ekor burung peacock ni 2 helai pastu masuk dalam beg dia senyap2. Kuang ajor grrr...


Nampak ranggi jambul dia ni kan !!

Kur..kur..Sekali campak makanan berebut2 menyerbu. Macam bagi ayam kampung makan kan..

Budak2 ni cuak takut kena patuk dengan burung2 tu.


Time ni aku dan husband dah penat sebab angkut Qaireen dan Ilhan. Qaireen tak nak jalan langsung. Terpaksa tolak tapi beratnyer dia. Semput nak naik bukit. Tak dan amik gambor banyak2 penet seh..

Ilhan tak selasa juga sebab nak baring. Sekejap2 berhenti jalan, rehat jap. Pastu ada bilik tayangan duk lama situ sebab sejuk ada aircond hahah. Dalam sejam lebih baru keluar dari taman burung. Pastu tak larat dah nak ke mana2 dah. Pergi rumah abang aku jelah kat Kelana Jaya, rehat dulu huhuhu.


Suka diorang dapat jumpa sepupu2 kat sini..

Kitorang makan malam kat Kelana Jaya. Time ni Qaireen boleh pulak berdiri berjalan2 aikk pelik pulak budak ni tadi sakit sangat kaki dia bagitau. Kitorang sampai dah cuak T_T Lepas makan, ejen rumah call nak amik salinan kunci Garden Plaza kat KL Sentral. Nasib baik abang aku tau jalan ke sana. Pergi antar kunci dulu sebelum balik rumah. 

Pak long dengan Ilhan. 

Dalam pukul 11 malam baru gerak balik seremban. Sebab husband nak kerja besok ada kerja nak kena siapkan. Aku macam biasa cuti lagi jaga anak2 miahahaha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...