Rabu, 9 Mac 2016

Titus yang hilang?

Aku tak sedar jam tangan aku ni hilang masa bila, tau2 dah tak de kat pergelangan tangan... Bila hilang, hilanglah semangat. Benda yang kita sayang dan susah nak dapat (beli sebab reward kat diri naik pangkat lah konon....T_T). Kira beli dari tahun 2012 sampai 5 Mac 2016 ler hayat dia bersama dengan ku sob sob sob T_T

Jam lama lebih kurang macam gambar ni....Sumber Google.

Gambar jam pun takde, aku bukan tahap nak snap gambar jam ker gambar stereng kereta nak tunjuk2 kat orang (masalah penyakit dalaman ler gamaknya). Kisahnya aku minat nak beli jam ni since aku form 1, bila aku tengok iklan Ryan Giggs di TV Singapore time tu. Jakun sekejap, cakap kat abang aku OOo player football pun pandai berlakon iklan eh?? keh keh keh. Jadi simpan azam, satu masa nanti nak pakai jam ni. Takde ler mahal popular mana pun. Jarang2 orang tau jenama ni. Dah dekat 18 tahun baru akhirnya aku dapat beli hahaha. So bila jam hilang, mula2 sekali rasa sedih. Pastu marah. Pastu sedih balik. Paling marah sebab cuai sampai hilang. Paling sedih sebab aku tak tau time bila dia hilang... part2 ni bila silih ganti last2 rasa bengang pun muncul.

Kedua, aku bukan jenis tak jaga barang. Sebab ada barang2 aku boleh pakai sampai lah ni sebab aku jaga baik, dan bila rosak sebab hayat dia dah sampai (kamera aku dah kondem, nak betulkan boleh tapi tak berbaloi). Barangan aku beli memang jenis jenama yang baik, sebab tahan lasak. Tapi bila ter...rosak, tercalar atau terguris atau terhilang pergh hati ni pun akan rasa benda yang sama beb! Cuma sekali sekala bila missplaced (cuma aku tau missplaced dalam mukim, atau kawasan yang tertentu) jadi kena jelajah nak cari selit2 kat mana terutama handphone kalau anak bawak lari ke bilik atau ke mana2..

Susah ker nak kuar duit nak beli baru?? Terus terang aku cakap, aku memang jenis sayang duit. Sebab masa kecik2 dulu aku tak berduit pun. Tapi takde ler nak citer kat orang kisah aku dulu susah tak berduit. Simpan je dalam diri sendiri jadi iktibar je untuk panduan hidup. Jadi kumpul duit sendiri kalau nak beli barang. Jadi dah keluar duit dan barang tu pulak tetiba hilang atau rosak, timbul rasa macam satu perasaan yang agak payah nak tulis kat sini.

Istigfar banyak2.. T_T




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...