Rabu, 9 Mac 2016

Le tour de 'Simpang 5'

Ikutkan aku dah lama tak lalu jalan2 kampung kat Simpang Lima bila dah kerja di luar negeri Johor ni. Last pun masa zaman aku pergi sekolah kat Sekolah Agama Bagan. Bila balik Batu Pahat, petang tu ayah ajak husband naik basikal pusing2 sekitar Simpang Lima, aku pun nak join jugak :)))

Basikal-basikal tu pun ayah dan mak baru beli, bukan sebarang jenis basikal weiii... Harga dia kaw2 dalam 2k lebih T_T. Orang pencen nak bersukan kan. Memang ringan giler, laju betul bila tunggang basikal ni. Aku rasa nak melayang-layang sebab laju bila kayuh laju2... Jadi sekitar 6 petang kami bertiga pun start kayuh basikal. Mula2 sekali kami masuk Jalan Pt Haji Salleh. 

Baru lepas hujan. Kayuh punya kayuh sampai ke Teluk Wawasan aka Teluk Bakung dulu...

Hahaha dahsyat aku boleh snap gambar sambil bawak basikal, ko hado?!!


Pusing pulak lalu kat ladang pokok kelapa. Aku pun tak tau rupanya ada kebun kelapa kat dalam sini. Selalunya kelapa sawit jer... Jakun sekejap.


Peserta dari Taiping memotong barisan.....:P

Kami pusing terus ke jalan baru melintasi Pt Orang Kaya dan Simpang Tiga. Kemudian kami keluar dari Parit Haji Ibrahim Laut untuk melintas jalan besar ke Pt Haji Ibrahim Darat. Dari Jalan Pt Haji Ibrahim ayah bawak basikal menyusuri  Pt Meon 1 dan 2, Jalan Johor, sampailah ke Pt Mampan.... Sepanjang parit-parit tu ramai pulak yang memancing ikan. Aku rasa ada feel fel macam Le Tour De Langkawi pulak huk uhuk uhuk...Sambil2 kayuh ayah suruh teka nama parit yang aku lalu tu. Ceh, aku tau lah (bangga sekejap)!!

Parit Mampan. . . Sampai sini ayah boleh ajak pulak kami menyusuri parit Samak. Mak aiii jangan sampai ke Batu Puteh sudahler. Sebab hari dah makin gelap. Jenuh nak kayuh patah balik. Ayah aku walaupun dah usia 60 lebih bawak basikal bukan main laju lagi, aku yang muda ni (perasan muda) semput juga nak kejar dari belakang T_T

Dan abis pusing barulah ayah ajak balik, kiranya ayah aku nak tunjuk sebenarnya yang jalan2 kat Kg Simpang 5 ni cantik dan berturap baik bahahaha. Tapi rumah2 kat sekitar sini halaman rumah memang bersih dan terjaga. Itu aku akui, tak boleh tanding mana2 tempat selain kampung2 dalam negeri Johor ni.. 

Sempat selfie dengan husband sambil kayuh basikal :)) 

Sampai umah pun memang cun2 azan magrib. Rasa badan pun ringan, mana taknyer kayuh2 tak hingat sampai cecah lebih 10km. Pergh... Dan malam tu apalagi kaki aku pulak siap kena sapu dan gosok minyak panas sebab kejang T_T. Itulah dia serba sedikit kupasan tentang Le Tour De 'Simpang 5" kami... bolehlah  :)))




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...