Isnin, 7 Mac 2016

Majlis Perkahwinan Sepupu Izzati

Pada 5 Mac 2016, sepupu aku Izzati melangsungkan hari perkahwinan dia di Batu Pahat kat rumah mak ayah dia (rumah Cik Awang dan Cik Wah). Kami balik sebab dah lama tak jumpa sedara mara belah ayah aku. Last jumpa masa hari raya dan masa majlis harijadi cucu Cik Awang tahun lepas (aku ada citer kat sini). Kami sampai malam Sabtu, dekat pukul 1 pagi dah. Lotih...jadi pagi tu tak sempat nak pergi majlis akad nikah dia jam 9 pagi. Kami pergi dalam pukul 11 pagi.



Jemputan tak ramai lagi. Sampai2 kami terus makan dulu. Kang nanti dah tengahari mesti dah ramai, tak cukup pulak tempat duduk kan! hehehe alasan... 



Pelamin dia...

Time ni sedara belah keluarga ayah yang Chinese datang 1 group (arwah nenek aku keturunan Cina yang dijaga oleh keluarga angkat melayu). Bagus diorang setiap kali ada kenduri kahwin diorang mesti datang, air yang dicincang tak kan putus kan...

Apalagi amik gambar beramai2, rasanya yang aunty yang diri tu yang paling tua. Yang lain dah takde dah.. Aku ingat masa aku darjah dua (1989) itu last aku jumpa mendiang moyang aku kat Minyak Beku. 

Sempat sekali aku selit amik gambar dengan Umar. Berat jugak budak ni, lama tak dukung dia. 

Kak Nani. Sebaya abang aku. 
Ni cousin aku paling close time kitorang sekolah dulu, kepala dia 'gila2' sikit hehehe. Aku rajin tidur , lepak kat rumah pak dan mak Ngah kat Pt Yusof dan Pt Bajuri (arwah Pak Ngah pindah situ bila pencen) masa zaman sekolah dulu. Huii macam2 kenangan dan peristiwa zaman budak2 kitorang share, mesti gelak kalau jumpa. 


Husband dok lepak sebelah rumah kosong. Cuaca panas betul tengahari tu..

Kenduri kahwin Cik Awang tempah sekali cendol Pak O untuk jemputan kenduri. 


Juga ada goreng2 cucur, keropok lekor, keledek dan tempe goreng (johorian sungguh!)


Aiskrim pun ada untuk budak2, mak budak dan bapak budak pun join sekaki. Cuaca panas, laku keras airkrim ni kan kan kan... 

Kudap2pan . 

Cik Jamil, adik ayah merangkap pemantau hidangan makan miahahaha. 

Cik Wah (baju batik hijau tu adalah adik ayah) dan Cik Awang, ayah pengantin (baju batik hijau) sibuk agihkan bungkusan pada jemputan sambil bersalam-salaman heeeee. Yang duduk tu pun adik perempuan ayah, Mak Limah. 

Mak duduk saja tolong tengokkan Ilhan sebab dia tidur. Sederet kat kerusi tu Mak Ngah (emak kak nani), Mak Mas (kakak ayah yang paling tua setakat ni) dan Cik Alid (adik ipar ayah).. 

Ni Cik Chom, adik perempuan ayah yang tinggal di Senawang. 

Yang ni Cik Intan (adik perempuan ayah dan yang paling bongsu) 

Hahaha cik Intan cuba nak elak aku dari tangkap gambar dia... Makcik2 aku belah ayah ni pelik sikit, dari dulu lagi payah benor nak amik gambor! Hah, aku tak kira, aku snap gambor jugak!!

Mak Mah rehat jap dari jadi penyambut tamu, pass kat orang lain. 

Cik intan dan keluarga dia pulak amik alih sambut jemputan...

Sepupu aku, zirah (adik Kak Nani) dukung Ilhan. 

Qaireen makan untuk kali kedua, lapor.....

Tengah tunggu bila lah pengantin nak sampai...?? Budak2 sibuk nak ajak balik rumah 

Pengantin pompuan dah tunggu. 

Hah sampai dah. Hahaha kalau kahwin dengan orang Johor alamat kena sabor jela banyak2 sebab banyak 'TOL' kau kena lepas dulu. 

Eh tak cukup ni, tak boleh lepas lagi!!

Masak pengantin! Korek2 cari2 duit poket nak tambah tol huhuhu

kat pelamin pun kena tol jugak hahaha!! 
Tak bayar selagi tulah tak dapat tengok pengantin, tak boleh naik pelamin 

Akhirnya, dapat jugak naik pelamin. Sengih2 pengantin lelaki, lega bahahaha.

Abis je pengantin berarak, aku dan husband terus salam dengan semua keluarga sebab nak balik dah. budak2 dah bising sebab tak tahan panas dan penat bermain sana sini. Sampai rumah lepas sembahyang terus tertidur.... Petang tu ayah aku pulak ajak aku dan husband berbasikal round2 simpang Lima. OOOoo OK..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...