Selasa, 22 Mac 2016

Tengok Boboiboy the Movie

Jap, kejap... fuh fuh. Tengah tiup, bersihkan sawang2 dan habuk2 dalam blog aku ni bahahaha. Lamanyer tak update huhuhu.

Boboiboy the movie ikutkan dah banyak kali Qaireen ajak tengok. Tengok itu maksud dia bila nak upload dan tengok dalam laptop macam ayah dia selalu buat. Tapi movie tempatan ni baru keluar kat wayang. Kartun Malaysia jadi confirm lama juga baru boleh upload, lagilah yang ni terbitan anak tempatan. So aku plan nak bawak diorang tengok wayang. Ini ler first time diorang nak tengok wayang. Tak tau macamana budak2 ni nak behave masa tengok dalam wayang kan..

Disebabkan cuti sekolah, so Isnin lepas aku bawak ler tengok, siap amik cuti lagi. Ilhan aku tinggalkan kat taska, husband pulak kerja sebab terlibat dengon konvokesyen. Tiket hehe aku beli online dua hari sebelum tu. Senang kan! Tak payah beratur2 panjang nak cari seat2 kosong pastu nak pilih waktu yg sesuai lagi. Pergi jer website tgv.com.my dan cari waktu dan seat sesuai. Pilih2, klik sana sini. Pastu bayar online. Mudah.

Print kat kertas lepas buat bayaran online.


Sampai sana terus gi fast lane kat kaunter tiket. Bagitau no booking, nanti diorang akan tukar kepada tiket pass masuk. Cepat dan pantas gitew. Aku pilih beli waktu jam 10.45am, pagi sikit senang orang tak ramai. Senang nak handle anak2 aku nanti.


Beratur nak beli popcorn. Ramai family datang bawak anak2 tonton Boboiboy cuti sekolah ni.

Tengah tengok menu mana nak beli. Yang Umar tau ibu akan payung punya T_T

Qaireen excited nak masuk tengok wayang.

Ok jugak citer dia, kira aku yang budak besar ni (ahaks) pun boleh terhibur tengok kartun boboiboy 

Dialog dia -terbaik!
Tumbukan bertubi2!!
Boboiboy kuasa LiMa!!

Abis wayang dalam pukul 12 tengahari. Terus balik politeknik, makan kat kantin je hahaha. Tapi budak2 ni berselera betui makan nasi. 

Apa2 pun oklah, kira pengalaman pertama diorang tengok wayang ni baik2 saja ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...