Jumaat, 8 April 2016

Become truly INTROVERT


Meteor Garden - Drama Taiwan faberet aku dulu
 #jangankecamsaya :)

Tahun 2002 dulu, masa tu famous perihal drama bersiri Taiwan, tajuk dia Meteor Garden?? Masa tu takde la citer Korea yang mengila2 macam sekarang. Aku minat gila tengok citer ni (ntah kenapa aku boleh layan citer ni mungkin faktor time tu aku muda lagi umur 21 tahun, lepas tu menganggur sekejap sebab tunggu surat posting). Dalam citer tu ada seorang mamat ni hehe yang aku minat watak dia. Nama dia Hua Xei Lei atau panggil Lei.

Ayat popular Lei "Perkara orang lain aku tak ingin tahu..." 
Asal saja geng2 dia bising dan mengumpat dalam siri tu, itu jawapan dia berikan. 

Sebab apa aku minat,  Hensem tu memang pasti hahaha. Mungkin bagi aku dia seorang yang cool dan jenis introvert. Jadi berangan ler aku mana tau kot2 dapat boipren macam dia ni. Lepas tu member baik aku, M tegur "Any, ko mana boleh cari pasangan orang yang macam ko. Aku tak boleh bayang macamana rumah ko nanti, jadi sunyi sepi silap2 bisu terus!!" gelak besar dia kat aku. Ceh!

Personally aku mengaku yang aku memang termasuk kategori introvert.

An introvert is likely to enjoy time spent alone and find less reward in time spent with large groups of people, though they may enjoy interactions with close friends. Trust is usually an issue of significance: a virtue of utmost importance to introverts is choosing a worthy companion. They prefer to concentrate on a single activity at a time and like to observe situations before they participate, especially observed in developing children and adolescents. They are more analytical before speaking. Introverts are easily overwhelmed by too much stimulation from social gatherings and engagement, introversion having even been defined by some in terms of a preference for a quiet, more minimally stimulating external environment.

Memang aku suka duduk diam dan selalu mengasingkan diri. Silent person. Dulu time aku belajar memang sinonim orang panggil aku 'lone ranger'. Travel sorang2, belajar sorang2, makan sorang2, duduk bilik sorang2 pendek kata banyak perkara buat sorang2. Sebab satunya aku rasa selesa, tak perlu nak fikir kata orang lain. Dan paling bagus, aku tak payah fikir hal2 orang lain diri sendiri.

Tapi betul ker menjadi introvert buat kita jadi selfish? Pentingkan diri sendiri, dan tak berkawan. Eh mana ada...

Emak kawan aku sendiri lebih percaya jika anak dia keluar bersama2 aku. Siap emak dia suruh belanja aku kalau ajak aku temankan ke bandar bersama2. Tengok, siap ada orang payungkan lagi kan wakakaka. Dan bila seorang sahabat dipulau dan selalu alami masalah hubungan dengan semua rakan kelas dan rumah lain, tetapi Alhamdulilah dengan aku, kami ok jer. Aku memang tak de masalah pun dengan dia. Masih boleh keluar makan dan ke kelas sama2. No problem.

Sesungguhnya memang mudah tak amik peduli pun sangat kisah orang lain. Jika dia ok, dengan kita pun ok so apa nak perlu risau atau kalut. Be Introvert hokey....:)))





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...