Isnin, 25 April 2016

Buat puri untuk baby Ilhan.

Dah genap 6 bulan, maka bermulalah pengenalan solid food untuk baby Ilhan. Ilhan sebelum ni hanya minum susu badan sepenuhnya. Alhamdulilah. Susu sentiasa mencukupi. Jadi aku prepare nak bagi solid food ni awal seminggu lagi pada Ilhan. Sikit2 aku suapkan bagi dia rasa. Mula2 dia cebik hehehe lepas tu dia luahkan balik. Sebab tak pandai telan. Lama kelamaan Ilhan dah pandai hisap dan telan. 

Our lovely Ilhan...:)


Teruja nak bagi makan, jadi kena betul2 sediakan puri ni supaya benar2 lembut dan hancur. Jadi aku baca di dalam blog Namee Roslan , cara dia sediakan baby food untuk anak dia memang bagus. 


Antara bahan2 nak dibuat puri baby. Aku guna lobak merah, keledek, kurma, brokoli, epal dan pisang. 

Kukus semua bahan beberapa minit supaya lembut. 

Epal dan labu senang dikisar sebab tekstur dia lembut. Aku guna Turbo Chopper Tupperware :)))


Kalau buah atau sayur yang banyak serat susah sikit nak hancur. Jadi kena guna penapis kasar untuk lenyek2 bagi hancur. Jadi senang baby nak telan. 

Simpan dalam baby food storage bag. Yang ni pakai buang tapi boleh guna untuk terus dipanaskan dalam warmer dan lebih hygiene. 


Beg buatan korea. Agaknya ibu2 Korea pakai bag storage je kot sebab tu nama dia Mother-K ahaha..


Ok dah siap isi2 kan dalam beg tu dapatlah dalam 14 beg. Cukup stok untuk 2 minggu. Simpan dalam tempat beku. Besok nak bagi baru keluarkan sepeket malam tu sebelum bagi kat taska. 


Bon appetite Ilhan !! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...