Khamis, 12 Mei 2016

Beli Mesin Jahit Singer.

Dulu aku pernah citer mak bagi mesin jahit lama dia kat aku. Ada kat link bawah ni.

http://www.hasnyjalil.com/2016/02/hadiah-dari-mak.html

Cuma bila masa lapang aku cuba2 jahit guna mesin mak bagi tu, nampaknya macam bermasalah sikit. Tak tau ler mesin bermasalah ker atau aku yang bermasalah ahahaha.  Jahitan dia macam tak beberapa cantik. Walhal mak dah hantar servis sebelum bagi kat aku. Bila mak datang rumah kami, dia cuba jahit tapi memang tak menjadi. Last2 mak amik balik untuk servis lagi. Lepas tu aku pon lupa dah pasal mesin ni keh keh keh...

Mesin jahit lama mak, ada problem kat stich dia. Tak menjadi bila jahit... 

Bila balik kampung mak suruh aku beli yang baru, harga dia biar mak yang payung... aduh! Beli jelah sebab mak memang janji nak bagi. Aku mula2 malas nak beli sebab tak tahu bila nak gunakannya. Last2 mak bagi duit kat aku suruh aku beli mana2 mesin jahit yang aku rasa bagus untuk aku guna. Hm.... Mesin jahit ni penting juga kalau nak menjahit untuk tampal atau baiki baju kain yang tetas ke koyak. kalau rah=jin lagi boleh belajar buat baju kurung ker T_T

Dan pagi tadi setelah survey harga di branch Singer berdekatan akhirnya aku pilih Mesin Jahit Singer kod 8280. Mesin jahit ni simple je, jenis tradisional tak banyak butang function dia. Untuk nak jahit baju, kain atau langsir memang boleh.

Model 8280. 


Dah keluarkan dari kotak, diorang nak ajar cari masukkan benang dan jahit. Kira macam short course lah kan ;P

Pekerja tengah dok godek2 mesin ni ahahaha. Dia dah lama tak ajar mesin, jadi terkial2 sikit. Kena tunggu taukeh kedai datang ajar dulu. 


Tengah sibuk usha tengok ah ,oi ni ajar, akhirnya taukeh dia pun balik. Uiii taukeh dia lagi terer lah menjahit. Laju jer!!

Lepas tu turn aku pulak mencuba, fuh terkial2 jugak ahahah...



Hah itu macam ahhh...

Tu nyonya tuan punya kedai, memang dia pandai bab mesin jahit. Customer dia kalau ada problem bab jahitan atau mesin akan datang je kedai, nanti dia tunjuk ajar. 

Harga aku beli kat kedai nyonya ni RM740 termasuk GST. Oklah harga tu bagi aku. Sebab survey branch lain tak dapat harga sekitar tu. Kalau nak beli kat Lazada pun memang ada offer RM600++ tapi bila baca review diorang koplen banyak yang broken atau problem bila hantar ke rumah. Hmmm nasihat aku bab2 berkaitan teknikal atau elektronik ke motor ni baik beli jer kat kedai. Asalkan dapat servis yang bagus kira terbaiklah bila terjadi sesuatu kat barang kan.


P/s: Punya semangat nak jahit, malam tu aku siap jahit betulkan baju anak yang dan koyak atau tetas ahaha. Lepas ni boleh buat langsir atau sarung bantal anak pulak :)))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...