Rabu, 25 Mei 2016

Bengkel Penulisan Kolokium vs Bootcamp e-Usahawan

Ikutkan hari ni aku register untuk program keusahawanan di Dewan Wawasan PPD anjuran MDeC. Antara yang hadir bagi talk ialah Fizo Omar dan adik Erma Fatima tu... bukan Umie Aida ye.



Tapi pagi tu nama aku bertindan pulak dengan Bengkel Penulisan Kolokium di bilik mesyuarat JKM. Waktu dan hari yang sama. Jadi aku terpaksa pergi ke bengkel penulisan,  petang nantilah baru turun ke dewan.


Dalam bengkel ni aku kira politeknik nak bagi peluang kat lecturer untuk buat penulisan dan presantation. Senang cakap poli tak maulah bagi staf diorang 'mereput' dalam posisi sama jer dlm organisasi sekian lama ahaha. Mungkin diorang nk bagi peluang kat kami untuk naik pangkat lah cakap mudahnya, padahal aku sendiri pun malas amik port pasal tu ahaha.


Ada 20 orang dikerahkan keh keh macam kena push-lah buat presantation paper nanti.

Masa diberikan dalam 2 minggu, aduyai. Tak tau ler sempat prepare ke tak. T_T

Tapi tak pelah kira aku nak bantu jabatan untuk capai KPI sekurang2 81% staf buat RnD. Kesian juga diorang kalut nk isi KPI dalam masa suntuk ni. Kemudian, petang tu lepas makan dan solat dalam pukul 2.00pm baru aku masuk dalam dewan. Petang ni turn Fizo Omar bagi talk rupanyer.

Fizo Omar tengah bagi talk, smart guy with smart brain hmmm.

Antara audience yang hadir, kebanyakan orang luar yang dari sekitar Port Dickson. 


Actually aku nak tengok macamana perkongsian ilmu marketing secara online, rupa2nyer seminar yg ni lebih kepada introduction. MDEC akan adakan kelas khusus percuma kepada mereka yang berdaftar pada hari Sabtu dan Ahad. So kira ni adalah soft launching untuk program keusahawanan di PD anjuran mereka. 


Dalam talk Fizo, dia menekankan marketing melalui FB perlu ada setting target. Jadi dia galakkan guna FB Advert. Contoh kalau jual produk kecantikan target kita pada siapa? Wanita, bekerjaya atau tidak, lingkungan umur dan lokasi untuk dijual. Kalau jual makanan kucing, kucing memang takde FB kan jadi owner dia yang kena ada FB keh keh keh. Mungkin boleh follow pages peminat kucing untuk kita ambil peluang jual produk di situ. Macam tulah serba sedikit perkongsian ilmu dari Fizo Omar. So dapatlah juga input sedikit daripada seminar ni kan :)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...