Selasa, 3 Mei 2016

Bercuti di Hari Pekerja 2016 kat Avani Sepang.

Selamat Hari Pekerja!. Disebabkan cuti hari bekerja selama tiga hari (30 April hingga 2 Mei), maka mak aku cadangkan nak bawa semua keluarga bercuti di Bagan Lalang untuk makan seafood. Mka nak belanja, memang makanan favourite mak. Makanan seafood di bagan Lalang adalah antara yang terbaik dan kami dah makan di situ sebanyak tiga kali. Ada aku citer kat sini. 


Cuma percutian ni tak dirancang, memang ad hoc punyer. Ini last2 minute punya plan tetiba mak call suruh cari tempat mana yang ok untuk bercuti dan bermalam dan memancing kat area situ huhuhu. Confirm tempat lain terutama Hotel Sri Malaysia dah penuh kena booking awal lagi. Aku just plan tidur je kat rumah kami, setengah jam pun nak ke Bagan Lalang hehehe. Tapi mak suruh cari juga, jadi tak nak biarkan mak kecewa aku pun survey untuk sumbat tiga keluarga kat area sana. Fuh mana nak cari eh?? Seharian aku godek2 internet akhirnya adalah resort ni yang boleh tampung 3 keluarga dan masih available. Avani Sepang Gold Coast Resort. Harga pun boleh tahan sebab peak hour, cuti umum kan. Harga mencanak naik betoi!! Book 2 unit villa tapi bersebelahan saja. 



Masa makan kat Bagan Lalang ni tengok je resort ni dari luar. Tak sangka pulak boleh bercuti kat sini. Apalagi aku pun book lah. Hari check in 1 hb, check out 2 hb mei. Satu malam je, nak makan seafood dan memancing punya pasal. 

 Kitorang bertolak jam 12.30 tengahari, makan dulu kat Lukut. Pastu baru bertolak ke Bagan Lalang. Sampai dalam jam 2 petang. Punyalah ramai orang, beratur nak check in dan check out kat kaunter. Yelah hari cuti umum, so masing2 amik peluang untuk bercuti kan...


Nasib baik Ilhan mood ok jer, diam jer tengok ibu dia sibuk beratur tunggu giliran nak check in bilik. 

Bagus pihak resort letak seorang badut dan buat sculpture belon kat lobby resort. jadi budak2 ni leka tengok dan main belon2 tu.. main lawan2 pedang pulak dah. 

Dah check in, dapat 1 bilik je, satu lagi belum siap. Nanti dah siap dia call aku sebab villa pun sebelah menyebelah. Ok. Jadi tunggu buggy car datang angkut barang dan antar kami ke villa masing2. Kalau kat sini memang ready staf dia pandu buggy car, orang dia akan antar kita ke villa atau lobi. Sebab kalau nak jalan memang jauh. Ada juga diorang sediakan basikal2 untuk kita tunggang pusing2 sekeliling area ni. 

1buggy car panjang penuh dengan Family Abdul Jalil dan Rubiah hehehe. Afiq, Adam dan Qaireen nak duduk belakang, jadi kak Lela temankan. Hardy je yang tunggang basikal ikut belakang. 

Angin bayu menyapa diri ku... sepintas lalu :P

Villa pertama, ada 2 bilik. Ada 1 king bed, 2 single bed dan 1 sofa bed. 

Bathroom dia. yang pertama. 

Balkoni dia, sesuai nak mancing lepak2 kat luar heheh

Second bedroom, ada 2 katil single. Tilam dah kena lanyak2 dengan bebudak2 ni. 

Ok ibu saya nak rehat2 dulu, strecth kaki saya yang dah lenguh ni ahaha. 
Ilhan aku letak atas katil biar dia boleh guling2. 

Bathroom utama, siap ada bath tub lagi. Besar betoi!!

Ayah duk belek2 tengok almari bilik resort ni miahahaha

Bila dah check in, budak2 ni berlari nak tukar baju nak mandi dalam swimming pool. 

Pakat2 berendam dalam kolam dia, masa ni pukul 4 petang. Cuaca petang tu redup jer..

Kolam dia ni macam separas dengan laut je kan, padahal tinggi lagi. Macam 3D pulak sekali pandang. Aku tak mandi sebab malas lagipun nak tengok2 kan Ilhan. Nak tunggu call untuk check villa yang ke dua. Husband dah kayuh basikal jejalan dan ambil barang2 lain kat kereta. 

Sebenarnya jam 5 petang masih tak dapat masuk villa ke dua, last2 manager dia turun bila abnag aku, Hardy call tanya bila nak check in. Bila ada salah faham dengan orang dah besarkan tak pass kunci, last2 manager dia minta maaf dan tebus kesilapan dengan benarkan kitorang check up esok jam 7 petang!!. Wah biar betul, diorang bagi banyak extra time. Sepatutnya keluar jam 12 tengahari miahahaha!!



Petang tu jejalan kat pantai Bagan Lalang. kalau korang pernah ke Morib lebih kurang pantai dia macam ni jela, tak de secantik macam Teluk Senangin atau Port Dickson. Agak berselut sikit. 

Yang penting kita datang nak rehat2, relaks jer kan Ilhan...

Air tengah surut petang tu.
Main layang2 kat tepi pantai, nak mandi laut tak lalu dah. Hari2 kerja kami tengok menghadap laut dei... 

Hah, Umar dan Qaireen main tarik hulur layang2..

Basah seluar Qaireen main pasir kat situ, pasir dia tak delah putih dan bersih. 

Malam pulak kitorang berjalan kaki ke Restoran Sri bayu dalam 500 meter sahaja dari resort. Aku dah tempah makan siap2 beberapa hari sebelum tu untuk 10 orang makan. Owner restaurant tu, Eja mintak kami datang jam 9.30 malam sebab memang dah full dengan 200 pax served lepas magrib. Fuuuhhh. Oklah tunggu jelah. Janji datang dah siap masak kan. 


Aku tak amik gambar time makan sebab sama je macam aku dah kongsikan kat dalam blog sebelum ni. Jam 10.30 selesai makan baru kami jalan balik ke resort semula. Kekenyangan sungguh, aku tak larat nak tengok ayah mancing. 

Ayah tengah setup joran mancing, ni pun kena seludup senyap2 bawak joran masuk ahahaha. 

Aku tengok sekejap jer, pastu tak larat mengantuk aku masuk tidur. Tinggal ayah , emak dan hardy je layan memancing. Husband dah terlena atas sofa. Jam 3 pagi baru ayah stop mancing sebab hujan turun dan kilat berdentum time tu. 

Pagi2 lepas breakfast di ballroom, kitorang pun buat aktiviti bebas. Anak2 pergi mandi kolam dengan Ady dan Kak Lela. Kebetulan Ilhan tidur, jadi aku teman mak ronda2 kat Avani naik basikal pancit T_T.

Basikal aku ok, basikal mak yang pancit tapi mak kayuh lagi laju dari aku wei.. nampak sangat aku ni berat, pancit nak kejar mak T_T.

Mak pusing semua sekali cabang (trunk) resort ni. Ada 9 cabang wei... 

Ayah tetap dengan joran mancing dia hehehe. 

Lepas tu Ady dan husbandpulak join, masa ni Ady dapat tangkap ikan senangin!!


Antara tangkapan ikan, hm ikan buntal pon ada, tapi kami lepaskan. 


Adam dah biasa memancing, atuk selalu bawak diorang mancing kat kelong.
Umar beraksi pegang joran je, mulut bising bila ikan nak makan ni!!

Yang tak seronok mancing ni nak tunggu ikan makan umpun tu huhuhu. 

Daroi pagi hingga jam 3 petang baruler stop mancing. kemas2 barang, mandi dan siap2 nak check out. Lagipun hari dah gelap tanda nak hujan lebat lagi. Pukul 4 petang baru kami checkout. Ady dan family gerak balik ke KL, dan aku bawa mak ayah balik ke Sendayan. mak sungguh excited, rancang lagi datang bercuti kat tempat macam ni lagi. Nanti mak bayar ahahah. mak nak payungkan lagi ker... nanti2 lah mak, kita carilah waktu yang sesuai yek..

Plan baik2 punyer. Kbai!!!!






3 ulasan:

  1. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    BalasPadam
  2. best kat sini, cuma pool kecik sikit hihi

    BalasPadam
  3. Kepada sesiapa yg teringin dan nak dpt harga ahli, boleh cntct saya ya..0132695286

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...