Isnin, 23 Mei 2016

Buat hadiah Hari guru anak2

Isnin ni sekolah Qaireen dan Umar buat sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kira dah abis exam setengah tahun jadi cikgu2 dia boleh berehat sambut hari guru masa ni. Malam tu Qaireen mintak untuk hadiah cikgu2 dia. 

Hm nak beberapa banyak? Aku tanya sebab kebetulan aku tak prepare apa2 pun. Last minute nak cari memang tak sempat, kalau ada pun stok tupperware tapi banyak aku dah let go buat clerance stok aritu. Dia bagitau nak bagi dua orang cikgu sahaja. Qaireen suka kat cikgu tu kot. Cikgu bahasa Inggeris dan DSV (ajar 2 subjek) dan cikgu bahasa Malaysia. 


Korek2 almari ada baki 3 large square Tupperware. 

Pukul 12 malam baru sibuk nak balut sebab terlelap susukan Ilhan. Bila husband kejut bangun baru teringat tak balut hadiah lagi. Ok 2 set tupperware untuk cikgu Qaireen. 

Satu lagi untuk cikgu Umar. Tanda terima kasih. Buat hadiah sebab nak bagi anak2 gembira. Diorang rasa happy bila nak bagi hadiah kat cikgu diorang. Dari beli benda merapu merepek ker baik bagi benda yang cikgu boleh pakai. KaN..........





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...