Jumaat, 20 Mei 2016

KEjayaan di kaca mata kita sendiri...

Baru2 ni ada viral postage kat FB. Tentang ex classmate pertikaikan kejayaan rakan sekolah dia yang memegang jawatan jururawat U29 di hospital kerajaan sedangkan mereka ex MRSM lah (apa kena mengena sekolah dengan jawatan tu?).




Pelik manusia ni mempertikaikan rakan sekolah dia sekadar menjawat jawatan jururawat tersebut, sedangkan bagi si dia ni dikatakan 'berjaya' dengan jawatan DG48 dan menunggu untuk naik pangkat DG52. Lepas tu boleh dia sound kat rakan dia ni tak payah post apa2 kat FB macam dia berlagak doktor padahal dia jururawat saja. Sekadar jururawat tugas jaga dan bagi ubat kat pesakit. Pulak! Aku sentap sikit bila dia kata jururawat kerja dia camtu sebab mak aku pesara jururawat. Apa,ingat senang ker jadi jururawat??!

Cuma aku pelik apasal dia kata jururawat ni tak berjaya?? Dah matlamat rakan dia menjadi jururawat dan dia gembira dengan kerja dia. Yelah sebab dia rajin update tugas2 dia di hospital, maknanya dia seronok dan happy dengan kerja dia. Yang rakan dia ni tetiba jadi stalker lepas tu tak puas hati cakap rakan jururawat dia lelebih mengalahkan doktor apahal pulak??!

Aku teringat apa Tuan Zaidi Ismail share ilmu dia kat FB. Lain orang lain matlamat dia. Kejayaan hidup kita ditentukan oleh kaca mata kita sendiri, bukan kaca mata orang lain. Kalau kita rasa kita kerja kerani bergaji RM1500, tiada hutang, boleh bagi makan minum pakaian pada anak bini, dah ada rumah sebijik dan kereta cash-dan kita anggap itu satu kejayaan, berjayalah! Apasal pulak orang lain nak kata benda tu tak berjaya?? Bukan orang itu bagi kita makan minum ke apa..

So perkara macam ni terpulang pada kita lah, jangan kita terikut2 dengan orang lain. Jangan amik peduli sangat tentang pencapaian dan matlamat orang lain. Diorang hidup tiada kena mengena pun dengan kita kan... Kuddos...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...