Rabu, 27 Julai 2016

Sarapan pagi di Ramly Kopitiam, Pasar Batu Pahat

Kalau balik Batu Pahat mesti nak sarapan perkenakan mee rebus ke lontong sate kan. Memang tulah yang akan dicari kalau pagi2 ni bila dah ada kat Batu Pahat. Sebelum ni aku ada kongsikan juga pasal tempat aku sarapan di Batu Pahat tapi di lokasi yang lain. 


Gerai ni asalnya milik Tauke Cina, lama dah dia berniaga dari dulu lagi kat kopitiam ini. Dan En Ramly bekerja dengan beliau. Bila tauke dah retired, dia serahkan gerai ni untuk En Ramly sambung terus berniaga di sini. Kira En Ramly uruskan buat air minuman serta roti bakar manakala gerai2 lain tumpang berniaga buat mee rebus, sate dan soto di dalam kedai ni. 

Dua papan nama kedai, satu tu nama tauke dulu. Sekarang dah jadi Ramly Kopitiam. Lokasi betul2 di hadapan Jalan Pasar Batu Pahat. Kalau pagi kadang2 penuh tempat kerusi. 

Husband tengah cari tempat duduk. Kat depan ni gerai sate, berasap2 gitew.

Kalau nak makan nasi lemak dan mee hoon goreng, makanan itu pun ada diletakkan di dalam bakul tu.


Gerai soto dan bakso.

Sebelah kedai makan ni adalah pasar Batu Pahat. Yang ni adalah pasar kering, pasar ni jual lebih kepada bahan2 kering, kerepek dan sayur2 kampung.



Majalah dan surat khabar pun ada. Dulu cuba ada payung gerai2 sahaja tapi pihak perbandaran telah dirikan khemah berbumbung untuk keselesaan pengunjung dan peniaga2 di sini.



Pagi tu, aku dan husband order kopi dan nescafe berserta roti bakar. Kalau nak cawan besar kena bagitau awal2. Yela takut tak cukup kalau nak minum cawan yang comel tapi rare camni kan ahaha. Aku kalau teguk 3, 4 kali confirm abis dah......

Anda boleh menikmati kopi sambil bersantai melihat suasan orang datang berjual beli di pasar sebelah. Inilah dikatakan 'heritage'- suasana ini anda boleh dirasai di bandar yang berusia lebih 100 tahun ini.. (bukan sekadar di Ipoh atau Taiping sahaja ye hehehe)


Dan mee rebus special- ada sate ayam dan daging sebanyak 5 cucuk dan disirami dengan kuah kacang... perghhhh meletup!! Harga semangkuk mee rebus special ialah RM7.00 



Husband pun order yang sama. Semangkuk mee rebus ni memang cukup mengenyangkan. Alhamdulilah...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...