Isnin, 8 Ogos 2016

Hari berkebun di Rumah

Kalau hujung minggu memang kami lebih suka duduk di rumah, sebab banyak benda nak kena buat di rumah. Antaranya berkebun tanam pokok bunga sahaja. Ada pokok bunga yang dah mati sebab dah cukup masa nak kena ganti baru.  Ada nak kena tukar pasu sebab pasu kecik pokok dah makin membesar dah... Sebulan puasa dan raya lepas memang tak berkesempatan nak bel;ek2 pokok di luar rumah.

Dah beli baja dan pasu baru, kena tukar ganti kepada tanah dan pasu baru. 

Umar tolong tanam pokok bunga lavender, yang atuk dia bagi kat Batu Pahat. Bela tanam banyak2 sebab senang nak jaga. Panas ke hujan je berbunga je sepanjang masa. 

Husband tanam anak pokok yang baru. Pokok yang dah ada ni penuh akar dia, jadi kena tukar pasu. Leraikan anak2 pokok dan tanam dalam pasu baru. Pokok ni memang senang nak jaga. Pokok2 orkid pun juga nak tukar2 ke pasu baru sebab dah penuh sangat akar2 dia. 

 Sambil2 tu Qaireen membebel citer pasal pokok yang di tanam ahahaha Qaireen kena paksa keluar rumah, dari pagi tadi asyik hadap tv je kat dalam. Sekali sekala riadah sikit buat kerja di luar rumah ni nak oiii. Ilhan takde sebab lena tidur dalam buaian. 

Wah.. dah siap tanam, bos tengah memantau pokok dia ok ker tak hahaha!!


 Harap2 pokok lavender ni boleh membesar dan membiak cepat. Aritu dah tanam tapi sebab tinggal seminggu balik kampung terus layu mati sebab tak bersiram.

 Hasil yang ditanam oleh Umar Shafiy. Oklah jugak. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...