Khamis, 18 Ogos 2016

Review buku: Wang, Anda dan Islam | Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan

Alhamdulilah. Aku selesai membaca buku ini bulan lepas. Buku ni aku beli tahun lepas melalui website bookplanet.com terbitan syarikat Tuan Azizi Ali. Bacalah sedikit demi sedikit untuk memahami dan menyelami isi kandungan dia. Banyak yang aku pelajari berkaitan persoalan dan kupasan perkara tentang kewangan dan perbankan pada masa ini. Sebenarnya buku ini diterbitkan pada 2006 tetapi ianya sentiasa dikemaskinikan dengan edisi terkini. 

Ditulis oleh Al-Fadil Dr Zaharuddin Abd Rahman seorang ahli dalam bidang fiqh muamalat. Satu cabang ilmu yang jarang diterokai oleh golongan yang mengambil pendidikan aliran keagamaan. Bidang Fiqh muamalat perlu diambil berat dan diterokai secara meluas oleh mereka yang berminat bidang ekonomi Islam kerana ini dapat membantu dan menguatkan ekonomi ummah. 

Muka depan buku. 

Muka belakang buku.

Kupasan tentang perbankan Islam dan konvensional. 
Bezanya antara pinjaman dan pembiayaan :)


Terdapat kupasan kenapa pembiayaan Islam lebih mahal jika dibandingkan dengan pinjaman konvensional. tetapi hujah dan keterangan yang diberikan oleh penulis memang mantap dan jelas. Selalu di dalam FB, terutama di dinding FB Tuan En Suzardi Maulan dan Ustaz Dr. Zaharuddin menjadi perbahasan oleh orang ramai berkaitan perkara ini. Jadi aku syorkan pada sesiapa yang kurang jelas dan mempertikaikan ketelusan perbankan Islamik atau produk yang patuh shariah memang patut baca buku ini!! No EXCUSE noh!!

Bab ini patut semua orang baca dan hadam, terutama mereka yang suka berhutang. 
Hutang Wajib Dibayar.
Walaupun sudah MATI!

Perkara yang perlu diambil berat dan diberikan penekanan. Setiap setiap produk termasuk pelaburan dan insurans yang kita pilih, adakah ianya mematuhi shariah?? 

Aku mengambil insurans semenjak aku bergelar pelajar diploma di penghujung tahun 90-an. Dan kemudian pada awal tahun 2000-an bila aku mula bekerja aku menambah satu lagi polisi. Kemudian beberapa tahun aku bekerja aku pun menceburi satu pelaburan daripada perbankan konvensional untuk menjanakan pulangan simpanan yang dilaburkan. Semua produk yang aku ambil adalah konvensional, bukan produk yang patuh shariah. 

Kenapa aku pilih produk konvensional? Mungkin aku bermula terlalu awal, terlalu cepat.Kerana pada ketika itu produk islamik dipandang sepi dan tidak wujud lagi. Takaful bermula rancak pada penghujung tahun 2010 dan kemudian barulah diikuti oleh syarikat2 gergasi insuran konvensional yang lain mewujudkan takaful untuk pilihan mereka beragama Islam. Ketika ini produk islamik banyak membuka mata orang ramai untuk memilihnya terutama sekali situasi masa ini iaitu berkaitan dalam caruman KWSP-i. 

Sumber: jmr.23.com 


Memandangkan menjadi satu kewajiban kita mencari perkara yang halal dan mematuhi shariah, aku dengan rela hati melepaskan semua insurans dan pelaburan konvensional dan beralih kepada produk islamik. Walau mendapat kerugian yang besar (itulah keburukan insurans dan pelaburan konvensional) tetapi ketenangan hati yang diperolehi sukar untuk diungkapi bila kita lepaskannya T_T. Tiada apa yang lebih besar dan bernilai ialah mendapat keredhaan daripada Allah semata-mata. InshaAllah. Keputusan itu dibuat dan dilaksanakan sebelum aku membeli dan membaca buku ini. Dan sememangnya aku berasa bertambah lega selepas tahu niat dan perbuatan itu adalah benar untuk dilaksanakan.

Aku berharap pada mereka yang masih teragak2 untuk bertukar kepada produk islamik terutama berkaitan takaful (kerana takut rugi al-maklumlah dah lama mencarum kan), bacalah buku ini. Semoga hati kalian terbuka dan dapat memahami kepentingan kita mencari produk yang halal dan mematuhi shariah semasa hidup menumpang di bumi Allah ini.

Selain itu kupasan berkaitan pekerjaan makan gaji, pelaburan Forex, skim cepat kaya dan perniagaan MLM juga ada dibincangkan dalam buku ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...