Ahad, 4 September 2016

Jalan2 di HalalFest 2016, Mines

Semalam sempat jejalan ke Mines sebab nak tengok HalalFest yang sedang berlangsung. Puncanya minggu lepas aku sibuk cari rempah nasi Arab Chef Ammar. Punyalah pusing dengan husbamd  kat area Mydin dan Giant di Seremban dan Senawang tapi tak jumpa huhuhu T_T

Bila Chef Ammar update pasal dia ada bukak booth kat HalalFest apalagi jom2 kita serbu beli kat sana lagi senang hahaha dahsyat aku ni😂😂. Alang2 nak cari biar sampai dapat. Siap jumpa orang Arab tu lagi, mana tau kan hua hua hua. 
Pergi pun dalam 11 pagi lebih sampai pun dah dekat kul satu petang. So teruskan misi mencari rempah nasi Arab yek pesan husband hahaha jangan melencong cari benda lain. 

Budak2 excited tengok kat pelan loksasi, kita kat mana dah ni??

Posing amik gambar dulu 😁😁

Banyak betoii booth dia, mana nak cari rempah nasi arab ni, banyak pulak lebih 500 gerai 😅😅

Antara pengisian program sepanjang 31 Ogos hingga 4 September 2016 ini.

Sampai ke pintu masuk kena daftar dulu. Just isi je form nama dan bilangan yang datang. Pastu diorang bagi sticker visitor tampal kat baju. Ok, semua kena tampal sticker yek 😁😁😁

Si kecik ni pun sama. Kitorang diberikan percuma satu botol air oren daripada Turki setiap sorang.

Ramai juga datang, sebab hari ni hari minggu kan.

Ronda2 cari booth nasi Arab haha. Sepanjang jalan beberapa banyak aku dapat pamplet dan cuba sample makanan dia. Ada cendol dari santan sawit lagi. 1cup harga dia RM5. 

Aha tu dia, pak arab yang kita cari!! 😆😆 Chef Ammar sibuk ceduk nasi untuk orang yang beli. 

Wah ada manisan arab dijual. Nampak macam sedap je kan. Tapi punya ramai orang beratur nak beli. 

Yeh, ada rempah dijual, banyak!! Puas hati semua ada. Mandi, kabshah, bukhari, beriyani dan minyak zaiton pun ada. Serbuk safron dan minyak sapi pun ada.

 Memandangkan dah tengahari aku beli 3 pek nasi arab dengan ayam panggang sos black paper. Amik 2 set nasi mandi dan 1 set nasi kabsah. Satu set rm15.

Jom makan nasi Arab. Makan kat bawah pokok jer 😄😄😄😄 kat dalam ramai jadi duduk luar jela sebelum balik seremban.

Qaireen makan nasi kabshah. Ayam panggang sos black pepper. 

Yang ni pulak Nasi mandi, nyum nyum nyum 😄😄

Bismillah, jemput makan. Makan kenyang sebelum balik. Memang sedap nasi dia. MahaAllah 😃😃


Ilhan makan juga, amboi bersilang kaki makan nasi arab.

Umar ratah ayam sampai abis. Hahaha penuh sticker dia tampal kat baju.


Ni air oren percuma, diorang bagi kat pintu masuk. Rasa dia perghhh masam sungguh. Pahit pulak. Takde campur gula langsung, memang oren asli dari Turki sana. Berkerut muka bila minum. Husband je cakap sedap. Abis sebotol dia minum. Bagis boleh buat kurus ni 😉😉

Yeah, antara rempah yang dah dibeli hahaha, punya payah nak cari akhirnya beli je kat HalalFest ni, siap boleh jumpa founder dia lagi, Chef Ammar. Suka tak! suka tak! 😂😂

Lepas ni boleh try!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...