Jumaat, 23 September 2016

GoodBye akaun ASB

Aku rasa dua tahun kebelakangan ni banyak juga aku buat penyucian akaun heeeee macam pelik bunyi dia ye. Maksud aku, bila semak mana2 pelaburan atau dana atau insurans yang aku rasa macam tak seiring dengan kehendak aku maka aku pun tutup jelah.

Kali ini aku plan tamatkan akaun ASB pulak. Sebab hari ni kebetulan aku ke CIMB PD ada urusan lain, jadi aku ajak husband tutuplah akaun ASB ni. Simpan je dalam TH takpun mana2 dana yang patuh shariah lah. Aku bukak ASB ni pun tahun 2002. Buka lepas aku start kerja dan dapat gaji ngeh ngeh ngeh.. Jadi kononnya nak simpan duitlah, nak labur dalam unit amanah. . Simpan duit nak guna masa sambung belajar kan, tak nak guna pinjaman. Pilihan yang ada masa tu yang aku tau - ASB jelah.

Urusan ini aku buat di bank sebab senang sikit untuk deposit baki ke dalam akaun bank kita. Tak kita keluarkan cash. Kalau kat pejabat pos kena keluarkan cash, jadi risau sikit. Aku memang tak suka pegang cash banyak2. Risau woooo...

Untuk pengetahuan korang, akaun ASB sememangnya tak boleh terminate atau  TUTUP!! Melainkan anak anda je boleh buat demikian sebab anda dah MATI. Wah, dahsyat juga rules PNB ni yek. Jangan lupa bawak buku ASB dan sertakan sekali dengan kad pengenalan untuk pengesahan.

Time nak ambil no giliran, officer kat kaunter boleh tanya - nak buat loan ASB tak? Ish aku lagi nak tutup, dia boleh ajak buat loan labur kat situ T_T. 

Jadi solution korang kena ambil borang pengeluaran (jualan balik) ASB yang warna merah, isi borang keluarkanlah semua baki yang ada dalam akaun ASB tu... Jangan tinggalkan apa2 langsung sebab ianya akan beranak. Untung husband aku, dia dapat no giliran berurusan dengan officer Melayu (dah tentu muslim). Jadi akak tu faham sebab apa kita nak terminate- nak masukkan dalam TH ye?? Apa2 jela kak, belum fikir lagi pun. 


Turn nombor aku, alamak terkena pula kat officer Chinese. Aku cuba nak gi kat kaunter kakak tu tapi amoi tu dah panggil2 aku. Kaunter sini puan!! Aiseh... Lepas tu dia check borang dan update buku dan kata, ooo ini tak boleh keluar semua lor. Kena tinggal baki RM10. Yang duit sen tu pun tak boleh! Adoiii nampak gaya objektif aku tak tercapai pulak hari ni huhuhu. Hampeh. Jadi akaun ASB aku masih berbaki RM10.29 sen T_T. Husband aku pulak berbaki RM0.00, ok baguslah. 


Disclaimer: Walaupun ada mengatakan hukum ASB harus berdasarkan Majlis Fatwa, tapi aku ada hujah tersendiri. Terpulang pada pendapat masing2. Matlamat kewangan adalah tanggungjawab kita sendiri untuk menentukannya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...