Sabtu, 10 September 2016

Buat Nasi Arab Kabsah

Minggu lepas aku citer satu family gi Mines beli rempah nasi arab kat chef Ammar di HalalFiest. Pasal dah beli rempah nasi Arab, maka kenalah masak nasi arab kan. Kebetulan hari Khamis dah balik awal dari kerja maka rasa nak buat nasi Arab Kabsah lah.

HaSil rembatan di HalalFiest minggu lepas.


Dah tumis bawang putih, bawang besar, daun ketumbar, lada hijau, cili padi (bagi pedas rasa mantop sikit 😂😂) pes tomato, garam, kismis dan kacang. Beras basmathi dan rempah kabsah dari chef Ammar.

Ayam pulak 3 bahagian, ni saiz peha quarter, aku buat panggang je. Tapi sebelum tu aku marinate dulu letak tabur garam, serbuk lada hitam dan rempah cajun. Biar pi dalam 30 minit. Lagi lama lagi bagus biar meresap rempah dalam daging dia. Tapi aku nak cepat, tak dan nak tunggu eiii.

Cajun spices. Ada jual kat hypermarket Mydin atau Tesco.

Nasi Arab Kabsah dah siap!! Alhamdulilah cantik, cukup rasa dia.

Beras dari chef ammar bermutu, dari Bernas. 



Buat fatoush salad. 

Salsa tomato. Rasa masam, pedas. 

Ayam panggang siap. Bakar 180 darjah, dlam 45 minit. Bergantung saiz oven. Dah kena cubit isi dia dulu hehe. Abis dah anak2 kerjakan.


Apalagi jemput makan semua, makan kenyang2. Alhamdulilah. Dapat buat sendiri nasi Arab ni, jimat banyak. Suka tak!suka tak!suka tak!😄😄😄


Demo buat nasi kabsah dari Chef Ammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...