Rabu, 19 Oktober 2016

Bila domain registration dah expired!!

Untuk blog sendu ni aku memang bayar USD10 setahun untuk mengekalkan domain hasnyjalil.com. Selalunya aku guna auto payment jadi setiap tahun Google akan charge melalui kad kredit aku pada setiap bulan Oktober untuk renew domain registration....

Nak jadi cerita, kad kredit aku dah expired, jadi bank pun bagi kad baru. Dan aku lupa nak update dalam akaun Google aku. Jadi sebulan sebelum ni, Google email beberapa kali, bagi warning bahawa domain aku bakal berakhir jika aku tak update payment baru. Tapi biasaler sibuk kan, jadi aku abaikan jer email dari Google ni.

Dannn hari ni bila bukak blog aku, Aiseh man...BLOG AKU DAH LENYAP!!...T_T


Taip je www.hasnyjalil.com, yang keluar gambar atas ni huhuhu. 

Apalagi kalut ler aku, alamak abislah semua yang dah tulis dalam blog. Hilang camtu je warghhhh. Dulu pernah tengok blog2 yang aku follow yang lama tak aktif je terus hilang dan dilenyapkan oleh Google. Last2 benda jadi pulak kat aku T_T. Lagi takut kalau2 dah ada orang lain beli domain aku pulak. Jadi aku dah tak boleh guna domain aku lagi lepas ni. OOoo tidak!! Mujur Google bagi 2 minggu untuk aku renew balik domain registration, lega sikit. 


Google bagi guide macamana nak renew an expired registration

Tapi jadi masalah pulak kat aku sebab aku tak boleh 'log in' dalam Admin Console, nak setup balik pembayaran. Senang cakap, tak tau yang aku lupa ke tak pandai nak log in dalam tu hahaha. Fuhhh dua hari aku dok godek2 dalam Google Account, cari dalam YouTube, paling hampeh aku cuba google nak cari solution untuk selesaikan masalah ni. Penatnyer.... T_T. Kadang2 rasa menyesalnya tulah sapa suruh pandai2 gatal nak beli domain kat blog ni, kan dah susah isk isk isk!!!



Banyak kali ler aku baca berulang2 kali. Banyak kali follow buat step by step yang Google ajar tapi tak jadi juga alahai.... Aku tak boleh LOG IN sebagai pentadbir (administrator) akaun Google aku. Last2 aku buat last chance, check balik email lama2 kot2 ler pihak Google pernah bagi info pasal akaun Adminstator ni. Check2 hah nasib baik ada tahun 2013, diorang pernah mention bab ni - bagi tau macamana nak renew atau delete domain kita T_T. Nasib baiklah aku tak buang email ni....NASIB BAIK!!





Alhamdulilah, lega sangat2 sebab lepas tu aku boleh log in dalam akaun Admin Console - admininstrator nak update billing ni.




Dah log in kita boleh set up balik blog atau google account kita di sini. Semua ni kena buat dalam Admin Console. Jadi aku pun renew domain registration dan update payment. Dan selepas beberapa minit aku pun dapat email dari pihak Google. Registration of hasnyjalil.com successfully renewed!! YES!!





Wow lega deh,  bila dah dapat email ni. Syukur alhamdulilah tak hilang blog aku dalam alam maya ni kui kui kui... Kalau korang boleh baca blog aku sekarang ni maknaya dah update dah domain ni. Kalau tak korang jangan harap ler nak tengok balik blog yang sendu ni T_T. 

Moralnya jangan amik tak tau tau pasal perkara2 ni, pandai buat pandai ler nak selesaikan. Jangan suka tangguh2 nanti dah expired macam kes aku mau taknya kalut dan mengelabah macam aku, ceh..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...