Isnin, 24 Oktober 2016

Buat nasi Arab Bukhari Kambing

Biasalah bila hujung minggu mesti nak makan yang special lah sikit. Jadi memandangkan rempah Nasi Arab Chef Ammar ada lagi, boleh ler buat lagi. Kalau korang nak tau rempah Chef Ammar ada dijual kat Mydin dah. Aku tengok kat Mydin Seremban 2 bersusun2 botol rempah dia. 
Chef Ammar produk. 




Minyak sapi dalam 2 sudu besar. Panaskan. 
Tumis 9 ulas bawang putih, 
bawang holand sebiji cincang halus, 
lada hijau kerat2 dalam 4 biji. Bagi spices sikit. Goreng bagi garing, bukan bagi hangus ye

Kemudian baru aku letak rempah bukhari Chef Ammar dalam 2 setengah sudu besar.
Tomato paste satu sudu besar. 
Tomato puri 2 sudu besar. 
Daun Ketumabar hiris2.
 Daun pudina hiris2. 
Dah mengelegak, aku masukkan daging kambing 1 kilogram dalam tu. 

Letak pewarna, kalau ada saffron lagi bagus :)


Kacau2 biar sebati, tabur pulak kismis segengam,
kacang chesnut segengam,
garam 2 sudu kecil (ikut rasa korang lah)
Aku letak air dalam 2 cawan masak lama sikit supaya daging kambing jadi lembut dan empuk. 

Tutup periuk. Supaya daging kambing cepat lembut. Jangan lupa kacau sekali sekala. nanti hangit kang.

Hah pasal beras jangan lupa pulak. Beras basmathi aku masak untuk 3 cawan. Jadi sebelum masak tu basuh beras 2-3 kali dan rendam dalam 30 minit. Lepas tu toskan. Beras ni aku masak asing. Lepas tu baru campur dengan kambing bukhari tu. Apa yang penting kita kena jaga time management- itu kata Chef Ammar. 

Beras dah rendam 30 minit.


Masak air dalam periuk sehingga mendidih, aku masukkan bay leaf beberapa helai dan beberapa biji buah pelaga. Bila air dah mengelegak aku pun masukkan beras. membuak2. Tunggu beras masak dalam 3/4. Jadi takdelah beras jadi nasi sepenuhnya lagi.


Dah 3/4 masak aku pun toskan Nampak tak beras basmathi dah jadi panjang sikit, hampir masak. 

Lepas tu aku letakkan beras ni atas kambing bukhari tadi. Tabur daun pudina/ketumbar. tabur kismis lagi dan perlahankan api. 
Pakai api besar nanti berkerak tebal pulak periuk korang T_T. 

Tutup periuk dan masak dalam 10 minit lagi supaya beras betul2 masak dan jadi nasi. Aku guna kuali Tupperware, ni boleh muat kalau masak 10 pot beras. 


Ok, dah cukup masa bukak kuali. Gaul perlahan2 nasi ni supaya sebati dengan kambing. Jangan kuat2 nanti nasi hancur... 


MashaAllah bau dia... menyengat huhuhu. 

Dah masak aku masukkan dalam rice cooker. Biar hangat dalam tu. Jadi masak sendiri lebih jimat dan puas sebenarnya. Kita boleh belanja tak sampai RM50 untuk bagi satu keluarga makan tau T_T. Suka tak! Suka tak!! 



Kalau korang nak mudah tengok video tutorial kat bawah lagi senang, Chef Ammar tunjuk step by step masak nasi bukhari ayam. 


S


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...