Jumaat, 7 Oktober 2016

Jahit langsir sendiri.

Secara jujurnya aku memang tak pernah terima ilmu atau belajar menjahit secara formal. Sungguh tak pernah!! Bila mak aku hadiahkan mesin jahit kat aku (ada aku citer kat sini) dan kebetulan pula rumah sewa di Shah Alam dah abis kontrak dengan penyewa lama jadi aku nekad nak letak langsir bagi rumah nampak menarik sikit ngeh ngeh ngeh!!😅😅 tak nak upah sebab nak jimat kos. Jadi jahit sendiri jelah kan...

Maka mulalah nak cari kain langsir kat kedai kain Port Dickson. Aku beli yang murah jer. Mula2 mat bangla tu bagi kain yang harga RM15-RM20 SEMETER, mak aiii😬😬😬
Aku nak yang murah2 jelah... Last2 pekerja pompuan india tu cakap, ada kami letak kat luar kedai.. ahaha standard murah letak parking kat tepi luar kedai je dik...Oklah tu kan.

Kain ni murah sikit, RM4.90 semeter.

Lepas tu aku suruh dia estimate berapa kain yang perlu utk 3 panel tingkap dan sliding door. Ikut ukuran standard, jadi orang kedai tu tolong kirakan. Termasuk sekali hook dan tape hook dia sekali. Jadi senang sikit aku nak potong bahagi2 kan kain tu siap2.

Panjang semua kain dalam 22 meter. Jadi semua total sekali ialah RM127.00.

Jadi dalam dua malam aku kerjakan kain langsir ni, potong dan jahit. Tidur confirm dah dekat jam 3 pagi, perghhh 😴😴😴sebab hari Sabtu tu dah nak pasang kat rumah sewa dan amik gambar untuk pengiklanan.
Balikrumah lepas solat Isyak, terus potong kain ikut ukuran. 

Nasib bail Ilhan dah tido. Time ni dah tengah malam, dia pun tak larat nak bangun bila bunyi bising mesin menjahit. 

Jahit pun jahit. Tu dia buku manual pun siap ada untuk rujukan T_T


Yeah siap dah satu langsir. Fuh... 

Hari Sabtu datang sekali lagi ke Shah Alam untuk pasang langsir ni. Nasib untuk tingkap cun2 jer labuh dia. Kira ok untuk tahap amatur macam aku ni kan, hahaha!!


Langsir dah siap gantung dalam bilik2.

Tapi bila dah pasang rasa puas hati sebab hasil tangan sendiri, walaupun ada kain yang sengit tak hingat wah 😂😂😂😂kakakaka. Takpe lah saya kan budak baru belajar ye tak. Cuma sliding door je over labuh sangat, sebab kata orang kedai tu standard 8 kaki. Tapi aku rasa terlebih ukur kot. Tapi kain dia bagi tu memang cukup2 bila aku dah siap jahit. Nampak gaya kena bawak balik dulu utk repair potong yang labuh sangat.

Macam tirai pentas pulak, rasa terlebih dalam 1 kaki.


Kalau korang nak tau macamana aku belajar jahit sendiri, aku tengok kat you tube je. So korang boleh check kat you tube ni, berguna jugak info diorang bagi. Moga dihalalkan ilmu yang dikongsikan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan.. Semoga kalian dirahmati Allah SWT.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...