Selasa, 25 Oktober 2016

Jejalan Singgah Melaka Bandaraya Bersejarah

Sebenarnya kami datang Melaka sebab ada jemputan kenduri doa selamat di rumah rakan opis Sabtu lepas. Ikutkan macam tak jadi nak pergi sebab hari yang sama kami turun Shah Alam untuk uruskan penyewa baru nak masuk rumah. Aku ada citer kat sini. Tapi bila dah settle jam 1.00 petang kitorang cepat2 gegas pergi ke Melaka pulak. Sampai pun dalam jam 3.00 petang. Lambat sikit. Makan jela apa yang ada.

Usai je makan, aku ajak husband "kita singgah kejap Dataran Pahlawan". Saja nak jalan2 sebab alang2 dah sampai melaka. Rasa dah lama tak turun jalan2 kat sini. So pergi ler cari parking, tersesat masuk Jonker Street perghhh ramainya manusia, diorang pun nak buka stall kat tepi jalan.

Akhirnya sampai Dataran Pahlawan kami solat Asar kejap dalam tu. Sambil2 tu anak2 sibuk dok belek2 barang dan goodies yang dijual dalam pasar Heritage tu.


Anak2 macam jakun sekejap tengok merchandise yang dijual dalam tu. Leka diorang belek2 banyak cenderamata yang dijual. Macam2 diorang tanya kat aku.  Apa benda ni?? Benda tu nak buat apa? 
Aku cuma bagi tau, nak buat simpan habuk...T_T

Ada pulak jual T-shirt dan baju muslimah. Hehehe aku sempat grab 2 helai baju muslimah kat sini. Satu pasang RM35.00 kira ok jugak sebab kain dia cotton dan labuh. Qaireen makan tester dodol durian, mintak aku belikan, sedap katanya. 

 Siap ada kumpulan minah2 mat salleh ni pakat ramai2 buat inai kat dalam gerai ni. Diorang suka tengok inai kat jari dan tangan diorang.

 Sementara nak tunggu waktu magrib kitorang pusing2 dulu kat sekitar Kota A Famosa. Amik gambar kat pokok melaka ni. Ni ha asal usul nama negeri Melaka.

Nak naik Bukit St Paul pun tak larat dah. Payah nak dukung Ilhan sambil mendaki. Tunggu ler Ilhan besar sikit ye.

 Amboi kemain lagi Umar bergambar yek. 
Dia ajak masuk tengok Istana Melaka, tapi dah tutup dah. Dah petang sangat. Anak2 tanya pasal Melaka tapi nak citer banyak pun diorang tak belajar buku Sejarah lagi. Macam2 ditanyanya kui kui kui!! Pasal portugis, pasal Belanda, pasal British T_T

Control hensem bila suruh bergambar hahahaha!!

Lepas solat magrib baru ler gerak balik ke Seremban. Adoii letihnyer badan. Nantilah tunggu semua anak besar sikit baru ler jalan2 Melaka lagi ye.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...