Rabu, 30 November 2016

APACC punya pasal....

Minggu ni ada audit APACC di Politeknik Port Dickson, matlamat untuk mendapat pengiktirafan Gold dari APACC team pada tahun ni. Jadi cuti kami dibekukan gara2 nak prepare buat sambutan dan pengauditan sepanjang hujung bulan November hua hua hua....T_T

Delagasi APACC datang ke JKM untuk sesi lawatan jabatan. 

Ramai2 staf turun sambut diorang kat bangunan Pentagon ni. Aku cuma perhati dari jauh jer, sebab nak masuk kelas lepas tu. 



Delagasi tengok kereta projek program automotif. 

Aisey dia naik kereta, nak feel letew, rasa macam Lewis Hamilton pulak yer ahaha.

Sesi pengauditan fail dan dokumen pada sesi petang. 

Penuh dalam bilik bila staf dalam team pada criterion yang terlibat siap siaga untuk di panggil soal jawab. Husband juga menunggu dalam bilik sebab dipanggil sekali oleh ketua pasukan dia. 

Dan petang hari kedua, husband pulak ready untuk audit yang seterusnya. Dan cik suami cakap maybe abis jam 6 setengah petang paling lewat.... Aiseyman...T_T

Abis kerja amik anak2 ni kat CDC, lepas tu diorang main kat dalam pentagon sementara nak tunggu ayah dia abis sesi audit. 

Hahaha kecoh ler, mujur takde sapa2 kecuali team robot JKM tengah prepare untuk program mereka besok pagi. 

Ilhan kalau ibu amik gambar macam tau2 je nak senyum kat kamera ye hehehe. Dari duduk pentagon lari ke galeri untuk hilangkan bosan. 

Sampai jam 6.15 petang baru husband whatsapp dah selesai. Fuh, budak2 ni dah letih dah bermain. Sampai Umar pun malas nak gi ngaji sebab dia kata penat, grrrrr sabar jelah. Sebenarnya aku rasa serba salah kat anak2 sebab cuti sekolah dah start tapi kami pula dah start kuliah. Student dah masuk semester baru. Nak cuti kalut juga nak cari waktu sesuai, harap tak de lagi cuti dibekukan sebab nak audit SIRIM dan MQA lepas ni... huhuhu. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...