Isnin, 28 November 2016

Cara untuk jimat minyak masak.

Kalau ikutkan masa minyak masak naik bulan ni, aku rasa tak tergugat dengan isu itu. Botol minyak masak 5kg aku beli dari bulan Ogos tak abis2 lagi hingga sekarang. Puncanya aku dah kurangkan makanan bergoreng untuk masakan. Lepas tu takde dah nak buat cucur goreng ker, nugget, pisang goreng atau french fries.

Sumber :http://www.thestar.com.my/

Sejak awal tahun lepas aku dah stop terus membeli makanan segera macam nugget, sosej atau french fries bila ke pasaraya. Senang cakap asal produk FOOD PROCESSING kalau boleh aku cuba elak dari beli. Kadang2 Umar dan Qaireen bila lalu bahagian food frozen kat Mydin, mintak aku belikan nugget lah, kentang goreng lah, "nanti ibu boleh gorengkan minum petang2". Terpaksalah ibu dia terangkan pelan2 bahawa makanan ni tak mendatangkan kebaikan pun. Dahlah ada transfat, lepas tu deep fried. Banyak makan makanan bergoreng bukan bagus untuk kesihatan wahai anak2... Termasuk ayah dia sekali. Jadi sebab itulah minyak masak 5 kg tu sampai 3 bulan pun tak abis2 guna lagi. Kan jimat gitu ahaha.


Masakan macamana pulak?? Aku banyak masak masakan asam rebus, sup dan tom yam. Masak kari sekarang ni pun aku dah tukar santan kepada yougart. Lepas makan cicah dengan capati yang confirm masak tak guna minyak. Kalau ayam pun aku tak goreng, aku guna kaedah bakar. 

Ayam ni lumurkan rempah cajun, lada hitam dan garam secukup rasa. 
Peram selama 30 minit lepas tu bakar dalam masa 40 minit suhu 180 celcius (ikut saiz ozen korang juga)

Tadaaa... Ayam bakar siap!

Lagipun kita sebagai ibu bertanggungjawab menjaga kesihatan sekeluarga. Ikutkan dulu masa aku kecik2 dulu, mak tak pernah bagi kami adik beradik makan nugget, kentang goreng atau makanan segera. Ayah mak pun kerja susah nak cari duit. Jadi jarang2 kami makan makanan segera macam KFC, Pizza Hut ker Mcdonald lagilah langsung tak merasa. Itu pun kalau makan sebab mak sedara yang belanja. Mak suka masak asam rebus ajer, jarang masak kari atau kuah berlemak. Tapi Alhamdulilah, kami sekeluarga tiada masalah obesiti. Tiada kegemukan atau problem penyakit kronik. Jadi aku kena ajar dan didik anak2 supaya jaga makanan dan kesihatan dari kecil lagi. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...