Isnin, 14 November 2016

Lawatan Pra Sekolah Umar ke Zoo dan Muzium Port Dickson

Hari Khamis, cikgu2 dari Pra Sekolah SKTK bawa pelajar2 mereka ke mini Zoo Teluk Kemang dan Muzium Tentera Port Dickson. Bayaran yang dikutip adalah RM15.00. Aku tanya Umar nak ke join lawatan tu?? Pasal tahun ni pun dia dah pergi tempat tu ikut taska transit dia. Umar cakap nak! Sebab ada ramai kawan dia yang turut serta. Yelah mesti best kan dapat jejalan dengan kawan kelas.

 Pagi tu semangat  betul dia bangun tidur, mandi dan bersiap. Siap bagitau Qaireen lagi jangan lambat2 siap nanti dia tertinggal bas lawatan ahahaha!! Pagi tu lepas sarapan baru bas diorang bertolak ke Mini Zoo a.k.a Ostrich Farm. Padahal tempat ni setentang je opis kami. Boleh nampak bas dia sampai dan murid2 turun masuk ke dalam.

Ambil gambar dengan "Puteri". 
Bukan tuan puteri tapi burung unta nama dia Puteri gitew....

Boleh pulak test pegang2 ular eeiii muka Umar tu geli ker terlalu excited. 

Abis lawatan kat PD Ostrich Farm, bas bertolak pulak ke Muziam Tentera Port Dickson. Kira berani juga lah Umar nak masuk muziam ni, dulu kami bawak dia takut menangis sebab nampak patung2 banyak kat dalam tu. Tapi kali ni masuk terowong pun dia berani pulak. 

Sesi penerangan dari Pegawai Tentera yang bertugas. 



Sesi amik gambar beramai2 depan Muziam Tentera. 

Lepas je tu, bas bawak diorang terus makan tengahari kat KFC Batu 4, Port Dickson. Wah nampak budak2 ni semua makan dengan kegembiraan kan. KFC, budak manalah tak suka nak makan kan... 

Pukul 1 tengahari barulah bas sampai ke sekolah semula. Husband tanya, Best tak Umar jalan2?? BEST!! kata Umar. Oklah tu, terima kasih bebanyak kat cikgu2 Pra Sekolah SKTK yang sudi bawa dan kelolakan lawatan ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...