Isnin, 5 Disember 2016

Jalan2 di MAHA 2016

Hari pertama MAHA 2016 bermula, kami adalah antara orang yang pertama datang ke sini kui kui kui.. Dah jadi acara mesti setiap tahun nak datang sini, mungkin sebab anak2 minat dengan pokok, sayuran dan buahan. So kalau ada pesta flora ker, MAHA ker atau apa2 je acara kat area Serdang atau putrajaya ke sekitar kawasan dia confirm kami akan datang!!


Baru sampai, mencari parking pukul 10 pagi lebih parking kat area depan dah penuh beb!!

Ilhan steady, cuaca tak panas dan mendung sahaja. Akhir2 ni musim hujan kan...

Possing kat check point 1, kat pintu masuk. Ni sementara nak tunggu tram datang. 
Qaireen nampak senyum je sepanjang kat MAHA. 

Ok, kita mula2 round kat Taman Oriental, sini terletak Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin. Penuh lah pokok bunga sana sini, macam pesta flora pulak :)

Kat sini ada lagu dan gambar Upin Ipin kat merata tempat.. 

Geramnyer tengok pokok daisy, Umar pulak sibuk suruh amik tanam kat umah eiiii...


Tengok jer, petik jangan!!

Hehehe ayah gigih tolak stroller Ilhan yek. Ilhan pun tak pandai jalan lagi. Kemain Ilhan bila tengok ibu amik gambar dia. 


Kami anak Malaysia weiii!! Pnndai Qaireen ber'possing' hehehe

Kat sini ada Kampung Durian Runtuh, nak masuk kena bayar ler. Dewasa RM25.00, kanak-kanak umur 6 tahun ke atas RM10.00. Kat dalam ada tayangan video, sinaran lampu dan maskot Upin Ipin. Korang masuk ker?? Hehehe kami tak masuk pun, lagilah kalau Umar yang takut pada bunyi dan suasana gelap. Dulu kat Pesta Flora dah bayar tapi masuk cuma 5 minit jer!! Sebab Umar dah meraung nak keluar takut punya punya pasal T_T. Terbang duit beb... Kalau masuk kat sini confirm hangus RM70.00 kan, jadi terpulang lah korang nak layan Upin ipin ke tak.. Banyak lagi tempat yang menarik depan tu..

Possing kat depan rumah Kelantan. Masa ni baru jer lepas hujan. Pameran yang ni betul2 di hadapan Kampung Durian Runtuh. Kira MARDI buat bangunan rumah2 dalam negara Malaysia. Ada rumah Perlis, Sarawak, Kelantan, Perak, Terenganu dan macam2 lagi lah. Dalam rumah2 ni ada pameran makanan dan demo masakan negeri masing2. Lepas tu keliling rumah2 ni banyak tanaman sayuran dan buahan, aku geram rasa nak petik jer ahaha!!


 Aku jerit, Ilhan Senyum!! Terus Ilhan nganga mulut dia besar2 ahahah!!
Macam tu rupanya dia senyum yek T_T

Acah2 konon dah sampai puncak Bukit Larut. Orang Taiping tu pun tak pernah naik sampai atas hehehe. Ni kat depan Rumah Perak.

 Kamek orang sarawak. Diorang lahir kat Sarawak jer hehehe. 

Labu sayung, bergayutan sana sini. Hari pertama masih ada, esok lusa confirm lesap buah ni hahaha!!





Umar nak tanam timun ni lah! 
Aisey timun pun tak makan, sibuk nak tanam pulak, acaner tu??

Wah geram betui tengok pokok nenas depan rumah ni. 

Sesi menunggu tram untuk lokasi seterusnya.

Sampai kat Laman Padi MARDI. Anak2 asyik tengok belek pokok padi.

Diorang jakun sekejap tengok pokok nasi yang diorang makan hari2.. 

Diorang ni guna hormon ke apa bagi cili ni jadi besar macam ni??!!

 Ni pameran jentera, korang minat nak tengok mesin2 dia boleh ler datang kat sini.
Kat sebelah pameran jentera, terdapat pameran haiwan ternakan pulak. Ada pameran lembu sado baq hang!!

 Anak teruja tengok arnab jer... 

 Masuk ni jer RM5 ringgit. Dia bagi sedikit lobak merah untuk suapkan kat arnab2 ni. Banyak arnag, takut terpijak jer.. Duk ler dalam ni main arnab sampai puas. 


Pameran burung pun ada, ayam dan merpati pun banyak. Gemok2 ayam dia uiii!! Bagi cucuk hormon kot ahaha!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...